Hari ni aku CHOTI!

Ehem..ehem… ni nak bagi tahu, hari ni aku choti yek!

Heheh…aku skrg tgh beratur untuk menebus TIKET GENTING HIGHLANDS yg telah di anjurkan oleh BERITA HARIAN…

Skrg aku tgh beratur nie… jadi harap maafla.. hari nie kureng cikit entry yek… esok aku khabarkan camna la suasana aku g menebus tu yek…

Meh..baca kat bawah..apa benda la yg aku sibuk g redeem tu yek!

BH

Syarat & Peraturan

1. Anda dikehendaki mengumpul keratan kepala akhbar Berita Harian selama 7 hari berturut-turut (lengkap seminggu) sepanjang tempoh promosi berlangsung bermula 30 November 2009 hingga 3 Januari 2010 berdasarkan jadual promosi di atas.

2. Kesemua 7 keratan kepala akhbar yang dikumpul mestilah mengandungi tarikh penerbitan & dikepilkan sekali bersama borang penyertaan asal yang akan disiarkan pada setiap hari Ahad. Setiap set penyertaan lengkap layak mendapat 2 tiket percuma.

3. Penebusan boleh dibuat di semua pejabat cawangan NSTP seperti yang disiarkan. Setiap orang hanya boleh menebus maksimum 8 set penyertaan lengkap sahaja pada satu masa. Walau bagaimanapun, setiap individu hanya dibenarkan mengisi SATU borang penyertaan sahaja dengan menggunakan namanya sepanjang tempoh promosi berlangsung.

4. Tiket-tiket percuma adalah sah laku selama 5 bulan bermula 18 Januari 2010 hingga 30 Mei 2010. Walau bagaimanapun, tiket-tiket ini tidak sah pada cuti umum & cuti sekolah. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah dibenarkan masuk percuma.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan tiket, sila hubungi talian Theme Park Card Service Centre di 03-6101 1118 samb. 57438.

6. Penebusan adalah berdasarkan “Siapa Cepat Dia Dapat”. Pihak penganjur berhak mengubah mana-mana peraturan tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments

  1. sabrina says:

    erk..tumpang tny bley?btul ke my fren kate kite bkn dpt trus tiket tuh,juz die bg confirmation number..then collect tiket start 18 Januari nnti?

  2. zeny says:

    salam..tumpang tanya nie..collect tiket 2 dlm tempoh 5 bulan tu erk?? cz kat borang tu dah de no siri yg d bagi kn?? so sy n kawan2 nk g bulan 2 nie..first week bulan 2..maknanya kami kne bawa borang tu,g kaunter GH n bg ic,bru dpt tiket erk?? o mse 18 januari tu,kami spatutnya collect tiket?? after 18 januari dh xleh collect??

  3. sumijelly says:

    @zeny,
    hehehe…banyak tul soklan..
    tiket tu sah laku sehingga bulan 5.
    jadi boleh pergi GH tebus..yup..jgn lupa bawa borang yg di beri nombor siri tu..
    hanya org yg catat nama jer leh collect itu tiket..
    tiket tu..dh dapat..bebila pun leh g..
    klau dh g sana collect terus pakai pun x per…
    selepas 18hb baru leh start tebus sehingga ujung bulan 5..
    emm..clear x?? hehehe..panjang tul sumi explain..

Leave a Reply