Curious kids need to be tough inside

Ini adalah entry khas untuk Nuffnang dan Frisco sempena Peraduan
Nuffnang Friso Gold Family Day Out
.

Jadi model dalam gambar aku ni adalah 2 hero yang akan menentang KUMAN yang jahat..

Adakah mereka berjaya menentang nya… jom kita lihat aksi mereka sambil aku bercerita bagaimana membantu meningkatkan daya ketahanan badan anak yek…hehehe

otak

Otak sebagai salah satu organ vital mempunyai peranan yang tinggi didalam proses perkembangan pertumbuhan. Apa yang baik untuk perkembangan otak?

Oleh itu, perkara paling asas yang perlu aku tahu ialah selepas anak aku dilahirkan otaknya akan sibuk membina sistem ‘pendawaian’. Sistem ini membabitkan neuron (sel otak), gentian saraf (akson) dan penghubung di antara kedua-duanya (sinaps).

Bermulanya semasa awal kehamilan, aku telah membuat persediaan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang bagi memastikan aku sentiasa sihat dan anak didalam kandungan membesar dengan baik. Terutamaanya dengan peggambilan ubat Asid Folik dimana ia amat penting untuk pembentukan otak bayi.

Selalunya bila aku jumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan sewaktu mengandung, doktor akan memberikan aku asid folik sebagai supplemen untuk aku selain dengan meminum susu yang berada di pasaran.

frisco

Selepas kelahiran anak, perkara yang penting adalah penyusuan susu ibu. Aku akan pastikan anak–anak aku diberikan dengan SUSU IBU, di mana susu ibu mempunyai sumber yang kaya dengan Asid sialik (SA). Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.

Alhamdulilah…kesemua anak2 aku berjaya aku susukan sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kelahiran. Sebab kebanyakkan para doktor dan jururawat menjelaskan kepada aku, susu pertama yang keluar dari susu ibu dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi serta kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih. Jadi aku dengan nekad memberikan susu awal dengan susu ibu.

Tetapi untuk para ibu yang tidak dapat memberikan susu ibu, jangan gusar kerana dengan adanya Friso® Gold ia amat sesuai untuk para ibu yang sibuk serta tidak dapat memberikan kan susu ibu sepenuhnya.

Jadi Friso® Gold yang terbaru memperkenalkan Friso® Gold 3 (1-3 tahun) dan Friso® Gold 4 (3-9 tahun) untuk para ibu yang sibuk bekerja. Nama pun kanak-kanak, yang mereka hanya tahu adalah bermain dan suka meneroka sesuatu yang baru. Jadi dengan adanya Friso® Gold ia melengkapkan keperluan yang bersesuaian dengan cara hidup sihat ibu-ibu di negara ini dengan Frisoshield ™ with P2 Dual System™

Frisoshield ™ with P2 Dual System™ adalah kesinambungan kunci nutriennya bersama kebaikan Prebiotic yang mampu meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus dengan memberi makan probiotic dalam tubuh.

– Prebiotics such as combination of GOS and FOS help increase intestinal bifidobacteria1 and
maintain good intestinal environment1. Bifidobacterium lactis may help in reducing diarrhea cases.1 –
http://www.friso.com.my

frisco

Friso® Gold juga mengandungi :

Docosahexaenoic Acid (DHA) – DHA sangat diperlukan untuk kandungan di otak dan perkembangan visual (mata) ia membantu dalam penghantaran maklumat. Apabila maklumat (dalam bentuk isyarat elektrik) sampai pada satu sinaps, ia akan dibawa menyeberangi neuron yang seterusnya oleh bahan kimia yang dipanggil penghantar maklumat (neurotransmitter). Perubahan pada dinding membran membenarkan maklumat ini melalui neuron berikutnya. DHA juga terdapat di Air Susu Ibu (ASI).

Arachidonic Acid (AA) – Arachidonic Acid adalah asam lemak tidak bersaturasi dengan nama kimia C20H32O2 yang ditemukan di dalam lemak hewan yang penting untuk nutrisi anak dan merupakan prekursor dalam biosintesa sebagian prostaglandis. AA merupakan sebahagian dari asam lemak Omega-6, dan AA terdapat di dalam fosfolipid dari membran sel tubuh, terutama di dalam otak.

Sialic Asid (SA) – Sialic Asid adalah sejenis karbohidrat, tidak seperti DHA dan AA yang berunsurkan lemak. Ia boleh didapati di dalam susu ibu dan juga susu lembu. SA banyak terdapat di dalam otak kita. Ia adalah satu bahagian penting di dalam struktur otak yang terlibat di dalam pengaliran tindakbalas kimia dan interaksi antara sel-sel otak. Pengambilan SA tambahan sangat penting untuk kanak-kanak bagi membantu mengekal dan menambahkan tahap SA di dalam otak.

60% daripada otak kita terdiri daripada lemak, 25% daripadanya adalah DHA manakala 15% lagi adalah AA. DHA dan AA sangat penting kerana kedua-dua jenis lemak ini adalah struktur asas otak yang terlibat di dalam proses berfikir.

Tanpa kombinasi AA atau DHA dan AA ia tidak memberikan hasil yang optimall bagi pertumbuhan dan perkembangan otak. Maka dengan itu ia saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

frisco

Jadi dengan Friso® Gold Frisoshield™ P2 Dual System™, para ibu boleh la memberikan ruang untuk anak2 menerokai dunia mereka sendiri sambil itu para ibu dapat melakukan kerja2 harian tanpa gangguan, seperti tag line meraka Friso® Gold – Curious kids need to be tough inside.

Seperti anak-anak aku juga, mereka selain di berikan makanan dan minuman yang seimbang, aku juga dedahkan mereka dengan persekitaran yang sememangnya banyak bakteria dan virus supaya mereka lebih berdaya tahan terhadap jangkitan. Pergh..ayat..sungguh skima tul aku rasa..hahahaha 🙂

Aku tahu ramai ibu bapa yang bimbang untuk membenarkan anak-anak mereka bermain di luar, terutama ketika negara kita diancam jangkitan virus influenza H1N1. Jangan takut, cuma bawa anak-anak bermain di persekitaran terbuka seperti di padang atau taman permainan, sebaliknya elak mengunjungi tempat sesak atau tertutup seperti pusat membeli-belah. Jadi kurang la risiko jangkitan kan? sbb risiko jangkitan di persekitaran terbuka jauh lebih rendah dan dapat merangsang kesihatan minda serta emosi anak anda.

Selain dari itu juga dengan tidur dan rehat yang secukupnya, mereka pasti akan lebih sihat untuk hari2 yang akan datang. Selalu nya aku akan pastikan anak-anak aku tidur sebelum pukul 10.00 malam. Memang betul, kalu kekurangan tidur boleh melemahkan daya ketahanan badan anak2 tau. Pernah sekali mereka tidur lewat…keesokan harinya mula la badan lemah2 sbb x cukup tidur dan rehat.

Jadi pastikan tidur anak tepat pada masanya ye!

frisco

Semoga dengan tips2 yang aku berikan dapatlah kita berkongsi bagaimana membantu meningkatkan daya ketahanan badan anak serta memilih susu yang bersesuaian dengan perkembangan anak dan pertumbuhan badan anak-anak kita.

Jadi korang nak sertai peraduan ini? Senang sahaja!

Korang cuma perlu upload gambar dengan design yang diberikan di Nuffnang, kemudian buat satu entry yang bertajuk “Curious kids need to be tough inside” dan ceritakan kepada Nuffnang macam mana meningkatkan Sistem Imunisasi kanak-kanak dan hantar melalui borang yang di sediakan.

Senang bukan? Jom sertainya beramai-ramai kerana hadiah amat menarik untuk dimenangi tau!

80 entri yang menarik akan di berikan jemputan sekeluarga (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) untuk menghadiri Nuffnang Friso Gold Family Day Out. Dan juga Blogger yang menulis entri yang menarik akan memenagi hadiah utama iaitu Pakej melancong 3hari 2 malam untuk satu keluarga (4 org) ke Disneyland Hong Kong! dan tidak lupa juga RM100 Toys ‘R’ Us vouchers juga akan di berikan kepada 10 blog entri yang mempunyai usaha yang lebih dalam entri mereka.

Perghh…gigih kau, aku menulis entri ini… sebanyak 3 hari 2 malam juga la aku cuba menghasilkan entri ini. Semoga aku mendapat tuah dalam peraduan ini. Terima kasih pada Nuffnang yang mengajurkan peraduan in bersama Frisco Gold

Cepat, peraduan ini akan berakhir pada 11.59pm, 27th Disember 2009.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments

Leave a Reply