PM ulas sistem kerja dari rumah
PUTRAJAYA 21 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum berhasrat memperluaskan sistem bekerja dari rumah meskipun Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memulakannya Januari depan.
Menurut Perdana Menteri, projek perintis itu akan dikaji secara mendalam sebelum meneruskannya ke jabatan dan agensi kerajaan yang lain.
“Ini projek perintis dan kita belum buat apa-apa keputusan sama ada mahu menjadikannya sebagai dasar kerajaan atau sebaliknya. Kita mesti cuba dulu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia Keenam di sini, hari ini.
Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan projek perintis melibatkan 35 pelukis pelan JKR yang diberi kebenaran bekerja dari rumah mulai Januari ini.
Mereka hanya perlu hadir ke pejabat sehari dalam masa seminggu untuk bertemu penyelia.
Ia bertujuan meningkatkan produktiviti selain mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa dibelanjakan kakitangan JKR.
Najib menambah, beliau mahu melihat sendiri hasil projek berkenaan dari segi mutu kerja, faedah diperoleh dan kesan kepada kehidupan pekerja terbabit.
“Saya nak tengok sama ada mereka boleh menunjukkan hasil kerja yang lebih baik berbanding jika bekerja di pejabat.
“Kedua, sama ada ia boleh memberi faedah kepada mereka dari segi menjimatkan perbelanjaan ulang-alik ke tempat kerja dan membantu kesejahteraan keluarga,” katanya.
———————————————————————
Itu kata PM la kan… ini kata aku lak :
Giler ah..kalau dapat kerja dari rumah.. nak suh punch card secara online? sedangkan punch card kat opis selalu miss, inikan online.
Pas tu kan.. di pantau secara online.. ceh.. kalu aku..bangun tidur, punch card, pas tu mandi, makan, sambg tido..hahahahah… ada ker org nak ketuk umah check aku kerja ker tidak?
Ah..konon jimat banjer g kerja la yek? tambang jimat, minyak jimat, banjer makan minum jimat….hahahahaha…
x yah… la.. sedangkan cuti pun selalu off hp (sebahagian la) inikan suh kerja dr rumah… oh tidak.. aku tidak SETUJU!
errkk…tetiba emosionla lak..padahal bukan kene mengena pun dgn kerja aku… tp … saja nak gak tahu pendapat korang.
PM dh ulas, aku dah ulas. Apa kata korang lak? Meh ulas jap..hahahaha

banyak godaan kalau kerja dari rumah..huhu
@lily lotus,
tu la..nak pulak kalu suami yg duk umah..
agak2 kejap2 dpt call dr isteri..
suh sidai baju, kemas umah? hahahaha
tringin gak keje dr umah
tp xtau la tahap kerajinan diriku boleh di aktifkan ke x bila tgk boss xde dpn mata hahaha…
p/s: kt opis pn pantang boss xde,berblog r jwbnyer..ni lg kat umah hik2…
.-= zella´s last blog ..walaupun sudah lama.. kau masih tidak puas?! =-.
tapi best kalau dapat kerja dari rumah….best ,hai kak lama tak update blog ?
@ishak hasimi,
hehehe…memang best ishak kalu dpt kerja dr rumah..
tp tu la…mesti ada cabaran lain lak..hahahaha
Betul3x, saya pon tak setuju.
.-= fiza´s last blog ..Berehat sebentar… =-.
@fiza,
hehehe…x setuju yek..
emm… rasanya ramai kot x setuju dr setuju..hehehehe
Teman kejer dari rumah jewr dah dekat 20tahun, ok jewr? ๐ hehehe
.-= Dak Wan´s last blog ..Tips Blogging – Boikot WIDGEO! =-.
@Dak Wan,
uit..20 tahun..lama nya? emmm…mesti best kan..
sbb duk kat umah lain rasany kalu duk kat opis..hehehe
Huhu..kalo perempuan yg keje kat rumah confirm la tak bleh buat kerja ofis.. buat kerja rumah jer ๐ huhu
.-= iela´s last blog ..Pecah Kaca Pecah Gelas.. Sudah Baca Harap Balas =-.
@iela,
hahaha… tu la.. kak sumi pun rasa cam tu la..
leh ker wat kerja umah dulu…pas tu br wat kerja opis..hahahah
Topik yang bagus telah diketengahkan oleh kamu.. semoga dapat difikirkan oleh segenap masyarakat.
@blakepaghe,
hehehe….terpanggil..sbb terdgr berita hari tu..
Sapa yang nak tidur ke, nak apa ke, pandai-pandai le sendiri. Memang le tak akan ada org yg pergi ketuk pintu nak tengok kerja ke tak. Tapi bila tiba tempoh yang ditetapkan, kena emelkan kerja yang penyelia berikan. Kalau dok tidur je, memang tak siap le kerja tu. Ha! Siap le ko.
@Wan,
hehehe…tu la.. ikut memasing..mana yg leh buat mesti x culas..tp kalu jenis yg suker memonteng..confirm keje tertangguh punya la!..hehehe