PM ulas sistem kerja dari rumah

PM ulas sistem kerja dari rumah

PUTRAJAYA 21 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum berhasrat memperluaskan sistem bekerja dari rumah meskipun Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memulakannya Januari depan.

Menurut Perdana Menteri, projek perintis itu akan dikaji secara mendalam sebelum meneruskannya ke jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

“Ini projek perintis dan kita belum buat apa-apa keputusan sama ada mahu menjadikannya sebagai dasar kerajaan atau sebaliknya. Kita mesti cuba dulu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia Keenam di sini, hari ini.

Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan projek perintis melibatkan 35 pelukis pelan JKR yang diberi kebenaran bekerja dari rumah mulai Januari ini.

Mereka hanya perlu hadir ke pejabat sehari dalam masa seminggu untuk bertemu penyelia.

Ia bertujuan meningkatkan produktiviti selain mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa dibelanjakan kakitangan JKR.

Najib menambah, beliau mahu melihat sendiri hasil projek berkenaan dari segi mutu kerja, faedah diperoleh dan kesan kepada kehidupan pekerja terbabit.

“Saya nak tengok sama ada mereka boleh menunjukkan hasil kerja yang lebih baik berbanding jika bekerja di pejabat.

“Kedua, sama ada ia boleh memberi faedah kepada mereka dari segi menjimatkan perbelanjaan ulang-alik ke tempat kerja dan membantu kesejahteraan keluarga,” katanya.

———————————————————————

Itu kata PM la kan… ini kata aku lak :

Giler ah..kalau dapat kerja dari rumah.. nak suh punch card secara online? sedangkan punch card kat opis selalu miss, inikan online.

Pas tu kan.. di pantau secara online.. ceh.. kalu aku..bangun tidur, punch card, pas tu mandi, makan, sambg tido..hahahahah… ada ker org nak ketuk umah check aku kerja ker tidak?

Ah..konon jimat banjer g kerja la yek? tambang jimat, minyak jimat, banjer makan minum jimat….hahahahaha…

x yah… la.. sedangkan cuti pun selalu off hp (sebahagian la) inikan suh kerja dr rumah… oh tidak.. aku tidak SETUJU!

errkk…tetiba emosionla lak..padahal bukan kene mengena pun dgn kerja aku… tp … saja nak gak tahu pendapat korang.

PM dh ulas, aku dah ulas. Apa kata korang lak? Meh ulas jap..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments

  1. Wan says:

    Sapa yang nak tidur ke, nak apa ke, pandai-pandai le sendiri. Memang le tak akan ada org yg pergi ketuk pintu nak tengok kerja ke tak. Tapi bila tiba tempoh yang ditetapkan, kena emelkan kerja yang penyelia berikan. Kalau dok tidur je, memang tak siap le kerja tu. Ha! Siap le ko.

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply