Wah…dah nak sampai ke penghujung tahun 2009 la kan.. x lama lagi masuk lak Tahun 2010.
Jadi..aku ringkaskan menjadi 1 entry… ala-ala.. imbasan sepanjang tahun 2009 keluarga Sumijelly la… sila la selami yek! hehehehe
Awal Januari, dimulakan dengan Persekolahan Danial tuk 5 tahun di PASTI As-Syakirin Kantan Permai. Masa nie aku duk Kajang lagi.
Aku pula hamil anak ke-3 masa nie, dan kandungan aku dh 8 bulan. Memang letih kan menjaga lagi 2 anak lelaki sementara aku mengandung..hehehe. Perghh….bila la nak dapat pompuan yek?? hehehehe
Pertama kali dalam sejarah aku mengandung, aku di masukan ke Hospital Kajang gara2 aku sakit perut yg teramat sangat… x pernah aku masuk hospital selain aku bersalin. kali ni dalam sejarah pulak mas amengandung anak ke-3..hehehe
Pertama kali juga aku paparkan rumah aku yang bakal ku duduki pada bulan 4 hehehehe… kiranya suprise sempena Ulangtahun perkahwinan aku yang ke 5.. siap buat Part 1 lagi ko..hehehe
Aku mula menjadi FANATIK kepada Redmummy sejak aku menjadi GUESWRITTER kat blog dia.. dah la masa tue tgh mengandung…sebaik x terkenan ngan warna merah kat anak aku…hahahaha
Aku selamat mengadmitkan diri tuk bersalin kerana kandungan aku SONGSANG ketika itu, dan masa yg sama gak aku selamat melahirkan Muhammad Zulfadhli secara pembedahan pada 25.02.2009. Sempat gak aku bergambar semasa di Wad…dah bilik tu aku ajer yg duduk..maka bergambar sakan la aku..hehehe
Pertama kali mencuba menggunakan BroadbandMaxis di rumah baru di Bandar Baru Bangi. Tapi internet macam hampeh jer.. langsung x pakai pas tu..huhuh.Tapi malangnyadi sebabkan aku dalam pantang jadi x sempat nak update gambar masa perpindahan ke rumah baru..hehehehe
Danial mula bersekolah baru di PASTI Siti Sarah, Bangi. Di sebabkan jauh, maka merasa la anak aku naik bas..sebelum ni naik van jer..hehehehe
Sebelum aku memulakan kerja, sempatla aku menghabiskan cuti bersalin dengan aktivit berjalan ker Cherating. Siap ada Part 1, Part 2 dan Part 3 lagi…
Pas balik dari Cherting, g ke Johor lak..dekat Danga Bay.. pergh….berjalan sakan ko….kehkehkeh
Sian Zulfadhli, baru jer 3 hari aku hantar kat Taska, dh kene gigit dek sepupu aku punya anak…ambik masa gak tu nak ilang bekasnya…hehehe
Masuk jer kerja, opis aku wat Family Day kat A Famos, Melaka. Apa lagi…….bergumbira sakan la aku anak beranak. 3 hari 2 malam aku anak beranak berada kat sana dan menginap di D’Sayvour Condo. Tempat yang g seperti A Famosa Animal Safari dan A Famosa Water Park.
https://sumijelly.com
Masuk 1/2 tahun, aku mula membeli domain Sumijelly selepas sekian lama berblog di WordPress. Dengan nekadnya beli juga, sebab di hasut oleh sepupu aku Ayu.. hahahaha. Pada bulan yang sama gak aku mendaftar bersama Nuffnang.
Pertama kali membuat jualan di Pasar Lambak kat Serdang. Menjual CD bersama sepupu ku. Tapi sayangnya bertahan sehingga sebelum puasa jer.. pas poser x dpt nak joint kembali sbb kekangan masa dan masalah lain.. Yg nyata itulah pengalaman yang berharga yang dapat ku kutip bersama rakan lain..
Bekas Sekolah SKJP aku mengadakan GATHERING berbuka Puasa kat Restoran Nelayan. Kali nie ramai yg aku x pernah jumpa dapat gak jumpa. Lama giler kan x jumpa since dari tahun 1993 ko..lama giler seh…
Pertama kali aku berjumpa dengan Kak Redmummy secara LIVE… hahahaha… suker giler aku ko..akhirnya berjumpa gak diva Red ni.. Never gak masa 1st time jumpa tu… dia memang very friendly..tp di sebabkan ada hal..kekejapan jerla jumpa..
Bulan August Nuffnang memperbaharui blog mereka dengan wajah yang lebih mesra alam. Kiranya aku gak la org yg terawal2 melihat nya secara kebetulan. Sbb masa tu waktu malam, tgh nak belek baper la earning aku..hahahahaha
Macam banyak sangatlah eraning aku masa tu… padahal baru naik baper sen jer..hahaha
Pertama kali aku masuk peraduan yang di anjurkan Nuffnang aku berjaya mendapat Jemputan menonton wayang bertajuk ORPHAN. Kebetulan jugak aku lama x tgk wayang bersama ngan IR aku kan..maka inilah masanya aku berdua… sebaik adik aku ada, leh jaga anak jap..hehehehe
Bulan Ramadhan juga membawa seribu kenangan tuk aku gak, hari pertama puasa jer kerete aku mengalami kemalangan kecil, sebaik x ada apa2.. hanya bergesel sahaja. kira selesai kat situ gak la..hehehe
Sejak aku mula berdomain, ini juga pertama kali aku mengalami masalah server oleh Net KL. Habis entry aku pada hari tu x leh cover balik…ilang begitu aja.. sejak kejadian tu, aku mula buat back up sendiri melalui pc opis..hehehe
Aku mendapat jemputan kali ke 2 dari Nuffnang selepas menonton wayang cerita Orphan. Kali ni berbuka puasa bersama Nuffnang. Nuffnang menjemput 30 org blogger sahaja, jadi di kesempatan ini lah aku mula mengenali NATRAH, NIZA, AFRA, MEEZA, ABG SAWANILA, AIDI SAFUAN, ALAMFANA, KAK INA KL, YUYUN,NAD, OH!Bulan dan ramai lagi la.. x teringat la aku..hehehe.. memang seronok giler time tu.. untung adik aku dapat ikut serta, dia pun bertambah gak kawan cyber..hehehe
Di samping bergembira tu jugak, ada juga duka yang datang menimpa. Aku menerima perkhabaran bahawa Nenek aku (mak ayah aku) meninggal dunia di bulan puasa.
Semoga nenek aku di cucuri rahmat. Amin.
Sejak aku mula menjadi ahli MBP, aku mula memberikan sedikit info mengenai MBP setiap bulan. Untung woo jadi member ni.. memacam benda kita leh tahu dn berkongsi pendapat. Jom la joint MBP..hehehehe
Kenangan Hari raya pula, aku sempat pergi berhari raya bersama Tun Dr Mahathir kat Seri Kembangan. Ini juga pertama kali aku beraya bersama org kenamaan walupun secara rumah terbuka. Rezeki pulak kali nie..mudah jer perjalanan ke sana..hehehe
Pertama kali aku anjurkan peraduan di Blog sendiri. Peraduan Teka Gambar. Pemangn nya pulak ialah Cik Fathiha Zainal dapat la Top Up RM10.00..hehehe Boleh la..tuk permulaan jer dulu…hehehe.. pas tu mula la memacam peraduan yang aku anjurkan..alhamdulilah..ada la juga sambutan..hehehe
Sejak aku mula menganjurkan peraduan dan beberapa tips, blog aku mula terlebih axcess la pulak.. sampai kan kene sekat sementara waktu. Alhamdulilah, setelah aku upgrade bandwith… masalah dapat jua di atasi. sekarang x ada lagi masalah hehehehe…
Bila aku dh pernah anjurkan peraduan, aku pula nak merasa gak hadiah dr blogger lain..secara kebetulan saja2 masuk..dpt pulak hadiah.. tp dari situ gak aku mula mengenali beberepa blogger lain seperti Lily, Madam Casper, Hanie, Cybermummydan ramai lagi.. (jgn terasa yek..x sebut nama..ramai benor..sumer tetap bertahta di hatiku…)
Dan aku seperti tidak percaya, anak aku berjaya mendapat tempat ke 2 dalam peraduan MBP yang di anjurkan. Terima kasih MBP! Tu la untung tau masuk MBP nie.. memacam peraduan leh masuk tau.
Tahun nie my IR mengorbankan 1 ekor lembu untuk aku sekelurga. Kali ni wat korban sempena Hari Raya Aidiladha kat Melaka aja. Dapatlah berkilo2 daging lembu… jenuh gak nak menghabiskan daging sepanjang minggu tu tau…hehehehe
Tahun ini juga aku telah genap berumur 29 tahun hidup di muka bumi ini. Syukur ke hadrat Ilahi, masih panjang usia dan umur ku untuk hidup bersama keluarga dan sahabat handai…
Terima kasih atas ucapan korang semua…hehehe
Dan sebelum menutup penghujung tahun 2009, aku mendapat jemputan untuk menghadiri Family Day Out kat One Utama pada 02 January 2010 sempena aku berblog mengenai Curious kids need to be tough inside. Pada yang datang nanti..jumpa di sana yek!
Oh ya, tidak lupa jugak, sepanjang aku berblog jugak, aku sempat gak buat beberapa panduan keibubapaan seperti:
Rasanya itu aja saja imbasan tuk tahun 2009. mungkin ada yang tetinggal untuk di imbas kembali.. korang belek jerla entry lain dalam blog aku nie yek!
di kesempatan in, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 yang akan menjelma esok.
Esok, bermula la tahun baru dan nombor baru dalam hidup kita. Semoga yang lama di jadikan iktibar yang baru di jadikan harapan.. (huhu..tul ker peribahasa aku nie)
Semoga pada hari2 akan mendatang membawa sinar kebahagiaan untuk kita semua…..
Selamat Tahun Baru 2010!

ehhh saya agak slim di situ..muahhhahaha
.-= Nizaa´s last blog ..Ah long mengganas tembak rumah =-.
@Nizaa,
hahahaha….slim and sweet…smpai kak sumi x tahu yg nizaa dh berpunya..hahaha
sweetnya..semoga always epi!!
@missiesya,
thanks…. same to u too
selamat tahun baru kak sumi!! 🙂
.-= yuyun´s last blog ...: pengkebumian horror tapi terpuji =-.
@yuyun,
terima kasih yuyun…
selamat tahun baru jugak..
certainly a memorable year in 2009 eh? haha..
anyway, all the best in 2010! happy new year! =)
.-= kenwooi´s last blog ..Not So Lovely and Romantic Paris =-.
@kenwooi,
hehehe….thanks kenwooi… best berholiday hari tu… mesti seronok..itu pun salah satu memori yg terindah juga kan??
Happy New Year 2010 too…
Salam,
wah! dah ada domain sendirik!..congrats…..
anyhow… awk lupe 1 periha penting tahun 2009…iaitu pengalaman berniaga kat PLC! huhuhu.. tp malangnya ‘jodoh’ kita tak berpanjangan… kuikuikui..
not a last word from me but last for this year 😛 ..
SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!…
@alyrds,
Salam Ally….hehehe…ops..sudah tambah balik.. terima kasih kerana mengingatkan..
Lama x jumpa kengkawan di tapak.. kirim slaam sayang pada mereka.. memang jodoh kita x panjang.. mungkin bukan sekarang, tp mana tahu di lain waktu..hehehe
Selamat Tahun Baru juga!
@sumijelly,
wah! so fat… fulltime blogging nih!..
ya…..c u nxt time… jgn lupa bw family jln2 kat PLC…hehe
seronok baca imbasan 2009 sumi..salam tahun baru
@lily lotus,
hehehe….biasa jer..cuma mengimbas kembali aja..walaupun sedikit,tp amat bermakna..hehehe
Selamat Tahun Baru tuk lily sekeluarga…
bnyk tul kenangan kak sumi sepnjg 2009…leh ingt lak tu..ehhehe..bgus2..
.-= Hazwan Hakim´s last blog ..Search Engine Optimazation – SEO =-.
@Hazwan Hakim,
hehehe…emm.. xhingat gak sumernya..sebaik la ada entry2 ini..maka leh la imbas kembali… itu arr gunanya entry kene update sentiasa..hehehe