Restoran Saba’ @ Cyberjaya

Yer…hari ni nak citer Restoran Saba’…

Aku rasa kebanyakkan ada yg pernah dengar nama Restoran ini.. Terletak di Cyberjaya, di miliki oleh orang Arab tp menetap di Malaysia.

Antara menu2 nya ialah :

peta

Alamatnya :

Suite 4800, 0-2, Tingkat Bawah, Blok A1,
Jalan Perdana, CBD Perdana
City : Cyberjaya
State : Selangor

Tel : 03-8320 2544

Waktu beroperasi : Tengahari hingga larut malam

———————————————————————————————————

Seperti yang di paparkan di dalam Merto Ahad 30.08.2009

Sulaiman bersama hidangan asli Arab

Sulaiman bersama hidangan asli Arab

AOUKDH, fasolya, mogalgal, tebsi, shawerma, kabsah atau hanith. Mungkin ada tertanya-tanya apakah makna perkataan terbabit, namun bagi yang biasa pasti mahu menikmatinya lagi manakala bagi masyarakat Arab pula ia tidak perlu diperkenalkan.

Sebenarnya, menu yang dikatakan pelik dan sukar ditemui itu antara senarai makanan orang Arab yang boleh dinikmati di Restoran Saba, Cyberjaya.

Bukan itu saja yang ada di restoran milik seorang warga Yaman itu kerana deretan atau puluhan menu lain turut disediakan.

Hampir 50 menu asli boleh didapati di situ dan yang pasti seperti diberitahu pemiliknya, Sulaiman Hamid, rasa atau keenakan menu disediakan saling tidak tumpah di Timur Tengah.

Ini diakui bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu yang mengatakan, chef terlatih dibawa dari Timur Tengah untuk menyediakan pelbagai juadah istimewa itu.

Jika ke Restoran Saba, antara menu yang seharusnya dicuba ialah daging kambing kabsah (Lamb Kabsah) atau hanith.

Untuk kabsah, daging kambing dimasak bersama nasi dan pelbagai campuran herba manakala hanith pula, daging kambing dibalut dengan kertas aluminium.

Rasanya hampir sama seperti nasi beriani tetapi daging kambingnya lembut dan tidak berbau kerana diadun bersama rempah ratus seperti jintan, kayu manis dan lada hitam.

Selain itu, pengunjung boleh mencuba ayam shawerma yang mengandungi isi ayam seolah-olah disiat kecil dengan campuran kentang goreng, roti, salad dan mayonis.

Tidak ketinggalan ada menu menarik seperti ayam atau daging kambing aoukdh. Pelik bunyinya, begitu juga makanan. Sama ada ayam atau kambing, dagingnya dihancurkan dan dicampur dengan kentang serta lada atau cili hijau. Biasanya menu ini dinikmati bersama roti seperti mana kita menjamah roti canai dengan kari.

Ada pelbagai menu lain seperti kebab sama ada ayam atau daging kambing, ikan dan ayam panggang, barbeku campur seperti sate mengandungi isi ayam atau daging kambing.

Sulaiman berkata, sejak beroperasi Jun 2007, masyarakat Malaysia antara pelanggan setianya selain warga Arab.

“Meskipun tidak sampai tiga tahun, ramai rakyat negara ini menyukai menu Arab, malah kami ada pelanggan tetap.

“Jika tiada halangan, kami akan membuka cawangan di Setiawangsa tidak lama lagi,” katanya yang mengahwini rakyat negara ini.

Tarikan utama restorannya ialah makanan dan rasa yang sama seperti di Timur Tengah.

Beliau menggaji empat chef berpengalaman dan kerana itu rasanya tetap sama. Mengenai bahan, semuanya ada di sini dan tidak sukar memperoleh, terutama rempah ratus.

Mengenai idea membuka restoran makanan Timur Tengah di negara ini, Sulaiman berkata, ia tercetus sejak 2001 selepas melihat ramai masyarakat Arab mengunjungi negara ini sama ada menyambung pelajaran atau melancong.

“Selepas tamat pengajian di UIA saya pulang ke Yaman dan bekerja selama enam tahun. Namun pada 2007 saya kembali dan melihat ramai orang Arab di Malaysia. Saya terfikir mengapa tidak membuka restoran di sini,” katanya.

[Metro Ahad]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

47 comments

  1. castello says:

    br jer blk dr rest saba…. menu banyk, tp hr nie kena lamb kabshah, mak datul punya la bnyk nasinya, naik lebam nak kasi habis, tu yg regular tuh… tp bole kata sedap n mmg sedap, lain kali nak pegi lagi n try menu lain pulak, air td try2 air pisang+susu, ekekekee… lemak habis, jd muak laks…

      • Azidi Aziz says:

        @sumijelly,
        Salam.. maaf mencelah.. saya surf internet nk cari mknan Arab.. skali terjumpe laa Restoran Saba’ @ cyberjaya.. ni baru balik dinner dari sana.. pada pendapat/tekak saya, mknan kat sini sangat kurang memuaskan.. senang ckp, tak sedap langsung.. saya cadangkan kpd Pn. Sumijelly, atau sesiapa saje laa yg rasa restoran saba’ nih mknannya sedap, cuba plak mkn kat Sahara Tent, kat bukit bintang. kat bawah fortuna hotel.. try Shagaff(kebab), Beryani Lamb, Mahalabia, Baklawa’ kat sana.. harga lebih skit je dari Saba’ tapi mmg amat memuaskan tekak. kalo 2 org mkn tu dlm RM50++ je. bkn nk promote Sahara Tent pon, just recommend je..
        tq.

        • sumijelly says:

          @Azidi Aziz,
          terpulang pada masing2…
          mana yg kene pada selera tekak nya, leh la pilih tmpt yg sesuai…
          mungkin bg Azidi x sedap, tp bg org lain sedap..kita x tahu..
          apa2 pun terima kasih kerana sudi memberi kan maklum balas. akan sy beritahu pada pihak Restoran Saba atas maklum balas anda..

          • Azidi Aziz says:

            @sumijelly,
            maaf mencelah lagi.. pn. sumijelly ni staff Restoran Saba’ ke? hmmm kalau camtu, minta tolong jasa baik puan, utk sampaikan complaint saya:
            1) Suasana restoran sendiri tidak menggambarkan suasana Middle East.
            2) Makanan / minumam dihidangkan dlm bekas plastik.mungkin utk kurangkan cost tetapi presentation juga penting utk membuka selesa.
            3) Lamb kebab dia, terlalu kering. tak moist. roti sejuk+flat.
            4) French fries pon sejuk.
            5) Nasi beryani dia kurang kick & kering. (saya x tau ape ingredients yg kurang. sampai saya just mkn lamb je.. sbb nasi dia kurennggg..
            6) Baklawa’: nuts dia terlalu kasar..
            Maaf kalau apa yg saya complaint ni menyinggung hati Puan. mungkin ini pendapat tekak saya yg tak perfect, tetapi saya beri pendapat setelah saya membuat perbandingan dgn Sahara Tent. (saya bkn staff/promoter Sahara Tent) just a regular customer.
            terima kasih.. W’salam.

            • sumijelly says:

              @Azidi Aziz,
              Terima kasih kerana sudi memberi maklum balas yg sebegini rupa. Memang bagus ada maklum balas mcm ini, kerana pemilik kedai pun terlalu sibuk menguruskan hal kedai samapi tidak mengetahui maklum balas pelanggan.

              Saya akan cuba sampaikan kepada pemilik restoran ini dan akan cuba mohon pemilik untuk memnyelesaikan masalah ini. Maklum balas ini tidak sikit pun menyinggung perasaan saya. Terima kasih dn berharap selepas ini Azidi dapatlah berkunjung lagi supaya dpt memberi lagi maklum balas yg lebih baik.

              Terima kasih kerana sudi mencuba masakan arab di Restoran Saba itu.

              Walaikumussalam

  2. ahmad.sahimi says:

    puan sumijelly.

    saya ada pertanyaan..sya bercadaang bawa keluaraga makan di restoran saba..nak cuba makanan arab..lamb kabsah, ciken hanith, lamb aoukdh tu untuk berapa orang makan dengan harga yang dipaparkan tu? nampak mcm banyak. saya cadang nak bawa keluaraga dlm 7-8 orang. takut kang main order je makanan berlambak lak dapat.

  3. cucumaknyaii says:

    Salam kak sumijelly,
    saya ade dgr saba ni ade bukak cawangan dkt Seri Maya, Setiawangsa, Btul ke?kalau btul tak payah la saya nk susah payah kesana..

    • sumijelly says:

      @cucumaknyaii,
      Walaikumussalam
      Yup…ada lagi satu cawangan kat Seri Maya, setiawangsa tu… tu cawangan ke dua…
      Datang la… segala menu di Cyberjaya sumer ada di citu…Restoran tu Khas untuk yg susah nak ke Cyberjaya…
      Selamat menjamu selera yek nanti

  4. Crispy^LIme says:

    Semalam kami satu family pegi restoran saba, subhanallah nikmat Allah bg sedap tak terhingga, daging kambing lembut sgt2.. memang terbaik lah, penah kami mkn di tarbush mahal satu hal tak sedap tu lg laa rasa terkilan.. anak-anak pun suke makan, nasi dia makan saja pun sedap..

  5. siti ismail says:

    saya mmg peminat makanan timur tengah….jd saya tak adalah nk komplen atau kata tak sedap. pada saya semua makanan arab sedap2 belaka…mungkin dah terbiasa..walau bagaimana pun rest.saba’ ni mmg pilihan utama saya dan agaknya sayalah antara pengunjung tetapnya…hehehe…best!!!

  6. zulkifli says:

    Saya ada bill yg cashier lupa kira, kerana nak cepat dah sampai rumah baru sedar 2pcs shawerma sandwich tak dikira ketika itu saya bayar RM100. No order 21298. Insyaallah kalau saya pergi lagi akan saya bayar, tetapi kalau ada no account yg saya boleh masuk melalatu ATM ataupun suruh cashier dahulu dulu duitnya dan saya masukkan dlm accountnya.

    Zulkifli Salleh
    019-2214966

  7. idris abu bakar says:

    Salam, boleh ikuti kursus memasak atau boleh dapatkan resepi dan cara memasak nasi dan lamb kabsah ke?

  8. Ehwan Edin says:

    Salam,
    hari ini cadang nak gi rest saba terlanjur ziarah family di hosp putrajaya . ini kali ke 3 saya gi sana. rasa2 nak gi lambat sket sebab dulu datang kul 1 hari sabtu belum open lagi..

    ttg makanan, mmg sedap, nasi banyak dan harga berpatutan..cuma presentation pinggan dan gelas perlu diperkemaskan lagi utk wujudkan suasana Arab. Sekian T, Kasih.

    • Sumijelly says:

      @Ehwan Edin,
      Terima kasih atas maklum balas Encik…
      Tentang pinggan dan gelas tu, skrg amat susah diperkemaskan di sebabkan pelanggan semakin meningkat dan pekerja pula semakin sibuk… tapi pihak Restoran Saba akan cuba meningkatkan kualiti perkhidmatan…

      Terima kasih.

      • Ehwan Edin says:

        @Sumijelly,

        hari ini jam 1.30 ke RS. wow, kena queue sbb full house. tunggu dalam 10 minit dpt meja di dalam. order 2 mandi chicken half, 1 chicken hanith half, 1 nasi kosong, 2 milo ais, 2 teh o ais, mmg puas hati makan, sampai 2 pinggan terpaksa di tapau kerana kekenyangan.

        bill rm67.50 memang berpatutan…t. kasih kepada kakitangan RS yang sabar dan bersopan santun melayani pelanggan.. (depa ni student ka?)

        • Sumijelly says:

          @Ehwan Edin,
          Yup… kebanyakkan pekerja mereka sumer pelajar…

          buat part time.. klau nak ambik pekerja tetap susah… kebanyakkan akan berhenti sebab mereka dapat tawaran kerja pejabat pula…

          Terima kasih kerana sudi berkunjung ke RS…ada masa datang la lagi….

    • Sumijelly says:

      @wan,
      salam… setiap hari bukak kecuali HARI RAYA jer….

      Datang la.. tapi seelok2 nya pas kul 1.00 ptg la.. sbb selalu derang buka time tu… dan kalu leh dtg la dlm kul 3.00 ptg… tak ramai org… tapi susah gak nak jangka..sbb skrg Restoran Saba dah populer.. jadi kunjungan oragn tak kira masa…

      terima kasih kerana sudi dtg menjamu di sana…….

  9. MansafLover says:

    Saya duduk di timur tengah hampir 10 tahun, dan apabila kembali ke Malaysia semestinya tercari makanan2 timur tgh untuk melepaskan kerinduan dan gian dgn makanan2 arab ni.. byk restoran2 middle east saya dah try di sekitar lembah kelang ni.. Alhamdulillah, restoran Saba’ boleh menepati tekak saya dan begitu juga rakan rakan lain yg juga pernah tinggal di timur tgh.. syabas untuk Restoran Saba’.. cadangan kalau boleh dibanyakkan lagi menu terutama menu2 dari negara Syria, Jordan, Mesir dan Maghribi

  10. dodol says:

    ceit harga mahal macam mas. saye mampu telan megi je hoho. tak pun kunyah dodol wat alas perut. pagi2 makan sumi jely hahahaha

  11. Ehwan Edin says:

    baru balik dari rest saba’ cyberjaya…terkejut dah ada service tax 10%, tambah govt tax 6% : jumlah 16%..wow, mahalnya…harap pengurusan ambil perhatian…svc chg terlalu tinggi…

      • YBs says:

        @Sumijelly, mmg la patut diberitahu pihak pengurusan sbb 10% + 6% tax tapi makan macam kat kedai mamak jer rasenyer….lebih sadis kalau hari ujan,,,pengurusan SR wajib beri keselesaan kepada pengunjung jangan asyik nak bukak meja tambahan jer….

  12. YBs says:

    sekarang menu popular terutama roti banyak yang takde tapi ade dalam senarai menu. ade penjelasan daripada pihak pengurusan SR ker…

  13. sean hussein says:

    saya selalu makan kat saba…..
    di cyber kekadang nasi kurang sikit ….kering…tak macam biasa berminyak baru ada kick mungkin chef lain lain kot.
    tapi saya makan kat setiawangsa memang fail….rasa lain dari cyber…..
    bulan posa nie ada buat buffet ke….

    • Dhiya says:

      dhiya pun pernah ke saba cyberjaya ni. memang puas hati. dhiya suka makan kat saba ni. satu lagi branch saba di setiawangsa (area2 sana lah). tolong betulkan kalau dhiya silap ye. hehe!

Leave a Reply