[SUSULAN] Tunangku isteri orang

Ini adalah susulan jawapan dari Nurr Famy atas dakwaan bapa ‘tunang’ nya mengenai pernikahan mereka.

BUKIT MERTAJAM: Keluarga Inspektor Nurr Fahmy Abu Samah, 28, bakal pengantin yang mendakwa ditipu bakal isteri masih berstatus isteri orang sehingga menyebabkan majlis perkahwinannya dibatalkan, menafikan dakwaan keluarga ‘pengantin perempuan’ mereka tidak pernah menemuinya.

“Pada hari raya kedua, dua tahun lalu, saya bersama emak, Nurr Fahmy, dua adik perempuan dan dua anak saya mengunjungi keluarga Wan Azura di rumah mereka di Kampung Gial, Perlis untuk merisik.

“Malah, sebelum kunjungan itu saya ada beritahu Wan Azura mengenai tujuan berkenaan dan dia berkata akan memaklumkan kepada ibu bapanya.

“Kami menemui sendiri ibu bapanya, namun saya tidak pasti sama ada Wan Azura ada beritahu atau tidak tujuan kami menemui orang tuanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan bakal pengantin yang juga seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Nurr Fahmy Abu Samah, bukan saja berhabis RM25,000 tetapi mendakwa ditipu bakal isteri apabila majlis pernikahan yang ditetapkan pada 1 Januari lalu terpaksa dibatalkan.

Ia kerana ketika tiba di rumah Wan Azura yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal, hanya dia yang menyambut rombongan pengantin lelaki dengan hanya berkain batik dan baju-T manakala tiada sebarang persiapan di rumah berkenaan.

Zainuha berkata, dalam pertemuan itu tiada kata putus mengenai majlis yang dirancang, namun pada Ogos lalu, Wan Azura mendesak diadakan majlis pertunangan dengan Nurr Fahmy sebelum ia ditetapkan 28 November lalu.

“Kami tidak tahu mengapa Wan Azura beria-ia mahu bertunang segera, namun pada hari pertunangan, bukan diadakan di rumahnya tetapi di Masjid Alor Merah, Alor Star berdekatan Kedah Medical Centre (KMC) kerana menurutnya keluarganya ada di KMC berikutan datuknya sakit.

“Pada mulanya dia meminta majlis diadakan di surau, tetapi kami memutuskan untuk mengadakannya di masjid berdekatan dan peliknya ketika itu hanya ada Azura, adik perempuannya dan seorang wanita yang didakwa mak ciknya,” katanya.

Zainuha berkata menjelang hari perkahwinan, Wan Azura bertegas mahu menguruskan semua urusan termasuk menetapkan tarikh akad nikah dan bersanding bersendirian.

“Dia bersungguh-sungguh mahu melakukannya sendiri dan menyatakan semuanya berjalan lancar termasuk memberitahu hasrat bapanya hendak membeli tiga lembu untuk majlis persandingan nanti,” katanya.

Sementara itu Zainuha berkata, Nurr Fahmy sudah membuat laporan di Balai Polis Seberang Perai Tengah semalam untuk menuntut hantaran yang diberikan selain penipuan status.

“Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Wan Azura ada datang rumah Nurr Fahmy dan meminta duit hantaran RM8,008 dan mas kahwin, RM1,331 untuk digubah.

“Sebelum itu, Nurr Fahmy memberinya wang tunai kira-kira RM10,000 untuk membeli tiga lembu dan menempah hotel pada majlis persandingan yang dirancang diadakan di Sungai Petani 10 Januari lalu,” katanya

Di petik dari Harian Metro

————————————————————————————————————————————————

Kalu baca kenyataan Nurr Fahmy tu kan :

“Pada mulanya dia meminta majlis diadakan di surau, tetapi kami memutuskan untuk mengadakannya di masjid berdekatan dan peliknya ketika itu hanya ada Azura, adik perempuannya dan seorang wanita yang didakwa mak ciknya,” katanya.

Aku jadi pelik la…mcmmana la pulak nak bertunang dn merisik buat kat masjid yek?? x logik la… umahkan ada.. sekurang2 nya pun,derang mesti buatkat umah mak ciknya..

Boleh lak cakap ‘seorang wanita yang didakwa mak ciknya’. Nampak sangat x mengenali keluarga si prempuan secara mendalam…ishk..ishk..ishk…

Dulu aku nak kahwin ngan my IR pun…aku kenal sumer ahli keluarga pihak lelaki…pelik..pelik..pelik…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

  1. sitisifir10 says:

    Sumi, saye dulukawin pun hanya kenal suami saya saja…sampai di hari nikah tersalah tegur nenek dia, saya sangkakan mak dia…huhuhu…

    seblom kawin, mereka datang juga skodeng saya tanpa suami saya, buat2 nak cek mata la konon…adeihh..kalau la saya ingat peristiwa tu..

    diorang hanya cerita kat saya selepas saya beranak sulung, memang serius takleh recall diorang pernah datang cek mata dengan saya…wuwuuu…

  2. aus says:

    kaka sumi…
    kitorang kalah ler..

    bean menang rm100
    eyriqaaz menang corby..huhu..

    pasal kes ni , macam salah lelaku je , kenapa x kenal latar blkg gadis dlu..aiya..cinta punye pasal ke ??

    • sumijelly says:

      @aus,
      la…kalah ker?? ishk…x per.. x per..ada events lain…buat sampai habis la..

      wah..eyriq dapat corby…suker arr dia…

      tu la… susah gak..
      lelaki ker erempuan ker…sama2kene selidik dulu..x leh la harqp sorang jer kan?

Leave a Reply to aus Cancel reply