Tayangan Filem Adnan Sempit Bersama Bintang

Tayangan Filem Adnan Sempit Bersama Bintang
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan meneruskan program Malam Bersama Bintang yang akan diadakan pada 12 Februari (Jumaat) jam 8.00 malam di Dataran Karyawan FINAS, Hulu Kelang.
Program  Malam Bersama Bintang bertujuan untuk menarik peminat filem untuk menonton filem tempatan. Berkonsepkan santai sambil berhibur, pengunjung berpeluang bertemu dengan barisan pelakon filem Adnan Sempit dan menikmati persembahan nyanyian Saleem,Street Five Band dan Pija Mentor.
Pada program berkenaan juga, Metrowealth Movies Production juga akan mempromosikan filem terbarunya,Niyang Rapik.

Pengunjung juga boleh menikmati juadah ringan yang turut dijual seperti teh tarik, mee goreng, nasi lemak sambil berintraksi dengan artis dan pelakon yang hadir.Acara karoke lagu filem dan kuiz filem juga turut diadakan.

Keterangan lanjut berhubung program ini, sila hubungi 03 41041349/50 (Bahagian Pemasaran) atau layari www.sinemamalaysia.com.my / www.finas.gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply