Cak : Ekin di hentam!

SEDIH pula CAK bila dengar cerita mengenai pasangan bahagia Mawi dan Ekin. Nampak gayanya hingga ke hari ini masih ada peminat tidak boleh menerima kenyataan penyanyi kesayangan mereka, Mawi memperisterikan wanita pilihannya, Ekin.

Ternyata mereka kurang senang melihat Ekin menemani Mawi ke mana-mana saja, termasuk dalam program Langkah Mawi. Khabarnya rating program itu jatuh merudum kerana ramai tidak suka melihat kemesraan Mawi dan isteri tercinta.

Malah ada juga yang tergamak melayangkan surat kepada media untuk meluahkan rasa tidak suka melihat Ekin selalu di sisi Mawi. Melihat maklum balas itu, pihak pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd menasihati Ekin supaya tidak lagi muncul depan khalayak bersama Mawi demi menjaga kelangsungan karier juara Akademi Fantasia musim ketiga itu.

Sebagai isteri, sudah pasti hati Ekin tersentuh sehingga mengalir air mata. Apa tidaknya, bukan menjadi kesalahan jika isteri menemani suami, tetapi dia sekali lagi terpaksa beralah demi peminat Mawi.

Tidak cukup selama ini dia dihentam teruk sebelum bergelar isteri kepada artis terkenal itu, sudah berkahwin pun masih berdepan masalah sama. Menurut teman yang menyaksikan air mata Ekin berguguran, sejak perbincangan dari hati ke hati itu Ekin mengambil keputusan untuk tidak lagi menemani Mawi biarpun Mawi memujuknya supaya tidak mengendahkan kata-kata orang yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka.

Malah, gara-gara terlalu sedih dan kecewa, Ekin ke hospital dengan ditemani kembarnya biarpun sepatutnya dia bertemu doktor bersama Mawi.

Patutlah CAK tengok kebelakangan ini Mawi hanya ditemani pembantu peribadinya, termasuk ketika menghadiri majlis tayangan amal filem Magika terbitan KRU Studios di Cineleasure Mall, Damansara, Rabu lalu.

CAK bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, namun sebagai manusia CAK tidak sampai hati melihat Ekin terus dipersalahkan. Bagi CAK, sepatutnya peminat gembira melihat Mawi bahagia dan restuilah perkahwinan mereka.

Sudah-sudahlah mengecam, dah namanya suami isteri, suka hatilah merekalah nak buat apa. Setidak-tidaknya Mawi dengan isterinya, kalau mesra dengan wanita lain lagi haru. Cuba letakkan diri anda di tempat Ekin, silap hari bulan ada yang meroyan sebab tidak tahan dengan tekanan. Tak gitu?

nota kaki : x kahwin salah,dh kahwin pun salah… so,mawi,terima la seadanya bahawa anda adalah SELEBIRITI POPULER… huhhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments

  1. Cik Norfa says:

    eei….ai mmg tak suke mawi…
    mslhnye..org len pun ade isteri jgk…
    xdelah plak nak tayang selalu isteri kt org.
    dah tau org tak suke dia kawen ngn ekin..ditayangkan jgk..
    so ekin..nk sgt kawen ngn mawi..terima je la, apa org nk ckp kan..mulut org tkleh nk tutup.
    akhil hay ngan wahedaa pun dua2 artis..tkde plak nk berkepit 24 jam depan media. dato Ct ngn dato K pun glamer jgk..tkde plak 24 jam depan media…nk 24 jam..pi tempat lain la..jgn kat media..

    oppss…emosi sudah..sian dorg…pape pun smoga bahagia…lu pk la sndri…

  2. relyza says:

    ada sebab org tak suka ekin tu. kalo dia dipihak benar, sabar aje la yg mampu dikata. ni harga yg dia kena bayar sbb bersuamikan artis popular yg tak berbakat mana
    hahahhaa

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply