Pejabat NSTP kena 'serbu'


PEMBACA Berita Harian beratur mendapatkan tiket Firefly di Balai Berita, semalam.

Pembaca BH mahu tebus tiket domestik, antarabangsa Firefly

KUALA LUMPUR: Pejabat New Straits Times Press Berhad (NSTP) di seluruh negara, semalam diserbu pembaca Berita Harian untuk menebus tiket penerbangan pergi balik Firefly domestik atau serantau yang ditawarkan dengan harga istimewa.

Di Balai Berita NSTP di sini, ada yang hadir seawal jam 6 pagi walaupun kaunter penebusan dibuka pada jam 10 pagi bagi memastikan tiket penerbangan itu menjadi hak milik mereka.

Pengurus Jenama (Berita Harian) Jabatan Pemasaran NSTP, Ahmad Firdaus, berkata sebanyak 300,000 tiket harga istimewa diperuntukkan selama lima belas minggu untuk pembaca setia Berita Harian.

“Bagi minggu ini, sebanyak 20,000 tiket ditawarkan yang mana pembaca layak menebus satu keping tiket harga istimewa dengan menyerahkan keratan kepala akhbar Berita Harian yang dikumpul bermula dari 16 Februari hingga semalam (kelmarin) dan dikepilkan bersama borang penyertaan,” katanya.

Tiket diedarkan atas dasar `siapa cepat dia dapat’ dan masih ada 28,000 tiket menanti untuk ditebus iaitu untuk minggu kedua bermula semalam hingga 28 Februari, minggu ke-3 (1 Mac-7 Mac), Minggu ke-4 (8 Mac-14 Mac), minggu ke-5 (15 Mac hingga 21 Mac), minggu ke-6 (22 Mac -28 Mac).

Bagi minggu ke-7 (29 Mac – 4 April), minggu ke-8 (5 April-11 April), minggu ke-9 (12 April-18 April), minggu ke-10 (19 April-25 April), minggu ke-10 (19 April-25 April), minggu ke-11 (26 April-2 Mei), minggu ke-12 (3 Mei-9 Mei), minggu ke-13 (10 Mei-16 Mei), minggu ke-14 (17 Mei-23 Mei) dan minggu ke-15 (24 Mei-30 Mei).

Sementara itu, pembaca Berita Harian, Nor Izzati Abu Hassan, 22, menyambut baik kempen sebegini yang disifatkan memberi keuntungan serta berbaloi untuk pembaca setia akhbar ini.

“Hari ini, saya menebus 13 tiket penerbangan dan merancang untuk pergi bercuti ke Koh Samui bersama keluarga pada hujung tahun ini,” katanya.

Seorang lagi pembaca, Chan Yuat Ngoh, 62, dari Petaling Jaya menunggu kaunter penebusan dibuka sejak 6 pagi.

Beliau yang membeli akhbar Berita Harian hanya untuk kempen tebusan ini berkata kempen sebegini amat berbaloi kerana tiket ditawarkan dengan harga murah.

“Saya tertarik dengan kempen ini malah ini adalah pertama kali menyertai sebarang program penebusan yang dianjurkan oleh Berita Harian serta berasa bersemangat mencuba perkhidmatan penerbangan Firefly ini,” katanya.

Nota kaki : mak aih..ramai giler ko… bila la aku nak g tebus nie?? kumpul bulan 3 @ 4 la…pas tu jom pepakat kita g MEDAN nak?? hehehe Sapa nak ikut?? meh kumpul sekali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply