Kempen Satu (1) Juta Tandatangan untuk "90 HARI UNTUK IBU"

Ini adalah STICKY MODE jap…new entry,
cam biasa SCROLL ke bawah yek!

Kempen Satu (1) Juta Tandatangan untuk “90 HARI UNTUK IBU”

One (1) Million Signature Campaign for “90 DAYS FOR MUMS”

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak

Kami, warganegara Malaysia yang bertandatangan di bawah menyokong dengan kuat inisiatif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) untuk meningkatkan cuti bersalin bergaji daripada 60 kepada 90 hari.

Peranan wanita moden kini telah menjadi lebih berbeza dan mencabar daripada, katakan, 30 tahun yang lalu. Kebanyakan wanita hari ini terkejar-kejar dengan tuntutan-tuntutan tugas sepenuh masa dan peranan tradisional mereka sebagai suri rumah supaya mereka dapat membantu bagi mempertahankan satu taraf hidup yang memuaskan.

Sebagai seorang suri rumah, seorang wanita menanggung beban berat membesarkan anak-anak, menguruskan isi rumah dan memastikan kesejahteraan menyeluruh keluarga dia. Memikirkan ini, yang paling kurang harus dilakukan oleh kerajaan ialah memastikan pemulihan penuh fizikal, mental serta emosi seorang wanita selepas melahirkan seorang anak.

Banyak negara Asia Tenggara telah mara ke hadapan bersama dengan rekomendasi Konvensyen Organasasi Buruh Antarabangsa – 103 (ILO CONVENTION 103) – Konvensyen Perlindungan Ibu (Disemak Semula), 1952. Konvensyen disemak semula 183 -2000 mempertimbangkan 7 perlindungan ibu; marilah kita lakukan satu perbandingan serantau bagi perlindungan paling asas:

Cuti bersalin berkanun di Negara-negara Asia Tenggara:

  • Singapura – 112 hari (16 minggu
  • Thailand – 90 hari (3 bulan)
  • Kemboja – 90 hari
  • Indonesia – 90 hari
  • Malaysia – 60 hari

(Sumber: www.asianfoodworker.net)

Untuk lebih lanjut mengenai PETISYEN ini sila rujuk di halaman PETISYEN – NUBE

Nota Penjelasan:

1. Petisyen ini disampaikan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
2. Penggumpulan tandatangan tanda sokong bagi petisyen ini akan berakhir pada 6hb Jun 2010.
3. Jika anda bersetuju untuk menyokong petisyen ini, anda dikehendaki menghantar butir-butir nama, nombor kad pengenalan serta alamat e-mel anda.
4. Nama-nama yang tidak diiringi dengan nombor kad pengenalan, atau diiringi dengan nombor kad pengenalan yang tidak tepat, akan dibatalkan.
5. Nama-nama individu yang menyokong petisyen ini tidak akan dipaparkan disini.
6. NUBE akan mengumpul tandatangan-tandatangan yang menyokong petisyen “90 Hari Untuk Ibu” Petisyen Online ini dan akan serahkannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan disalinkan kepada semua 221 Ahli Parlimen sebagai suara rakyat 1Malaysia yang menyerukan pindaan-pindaan tersebut.

Maka…marilah kita sebahgina menyokong SERUAN 90 HARI UNTUK IBU dengan mentandatangani PETISYEN ini.

Mari kengkawan sebarkan Petisyen ini untuk kebaikan WANITA sedunia… apa salahnya yang lelaki pun turut membantu…

Sila TANDATANGAN PETISYEN ini di laman PETISYEN – NUBE seperti di bawah ini :

Name :
ICNO :
Email Address :
 

Selepas anda mentandatangani, anda akan menerima emel dr Setiausaha NUBE seperti berikut :

Sdr/ri Norsuhaila Mahdi

Kami ucapkan terima kasih atas sokongan anda terhadap kempen ’90 Hari Untuk Ibu’ kami.

Salam
J Solomon
Setiausaha Agung
NUBE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments

  1. yatie says:

    kat singapore… 4 bulan cuti bersalin…. siap dapat duit lagi.

    sini???? nak suruh buat nursery kat every building pun susah.

    kalaulah ada nursery kat setiap tempat bekerja or atleast kat setiap centre kan senang. hati pun tenteram nak kerja.nak pergi menyusu anak masa lunch pun senang.or maybe nak jenguk sekejapkan

Leave a Reply to matjoe Cancel reply