JADUAL ACARA UTAMA FIESTA BULAN CANDAT SOTONG 2010
Bil | Lokasi | Acara | Tarikh |
1. | Ri-Yaz Heritage & Spa, Pulau Duyong, Terengganu | Majlis Pelancaran Bulan Candat Sotong | 20 Mac |
2. | Marang, Terengganu | Fiesta Candat Sotong | 23 Mac – 1 Apr |
TM Cabaran Candat Sotong | 27 Mac | ||
3. | Besut, Terengganu | Fiesta Candat Sotong | 21 Apr – 30 Apr |
TM Cabaran Candat Sotong | 24 Apr | ||
4. | Kuala Terengganu | Fiesta Candat Sotong | 19 Mei – 28 Mei |
TM Cabaran Candat Sotong | 29 Mei | ||
5. | Dungun, Terengganu | Fiesta Candat Sotong | 23 Jun – 2 Jul |
TM Cabaran Candat Sotong | 26 Jun |
KUALA TERENGGANU: Aktiviti candat sotong yang popular di Terengganu bakal menjadi tarikan terbaru pelancong ke pantai timur sekali gus menjana ekonomi penduduk tempatan.
KERJASAMA…Jelani (tiga dari kiri) berbincang dengan Munir sambil diperhatikan (dari kanan) Noor Azam dan Othman.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Jelani Hashim, berkata sebelum ini aktiviti candat sotong hanya dijalankan nelayan dan masyarakat setempat tetapi kini ia mendapat sambutan ramai sehingga kerajaan negeri menjadikannya acara tahunan.
“Aktiviti candat sotong bukan saja selaras konsep pelancongan berasaskan pertanian (agro tourism), tetapi paling utama turut memberi suntikan ekonomi kepada penduduk tempatan terutama nelayan apabila bot mereka akan disewa RM800 sebuah untuk aktiviti ini dan memberi keuntungan kepada mereka.
“Orang ramai juga pasti berbelanja membeli peralatan mencandat, makanan di atas bot, penginapan dan pengangkutan di darat selain membeli ole-ole seperti keropok dan batik sekali gus memberi manfaat dan menjana ekonomi penduduk tempatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Karnival Candat Santai LKIM-Harian Metro 2010 di pejabatnya di Chendering, di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Pengarang Berita Harian Metro, Othman Mamat; Pengarang Projek, Munir Ana’am Zuljadan dan Ketua Biro Wilayah Timur, Noor Azam Abd Aziz.
Karnival yang akan diadakan pada 30 April dan 1 Mei itu bukan saja memberi pengalaman baru kepada orang ramai mencandat sotong malah dimeriahkan aktiviti menarik seperti gerai, sukan rakyat, konsert, dan persembahan kebudayaan.
Nota kaki : wah…..Thiha mesti g Candat Sotong yek? nanti leh bagi kak sumi Sotong banyak cikit..hehehehe

mummy , kat bukit bintang pun byk sotong .
tapi x boleh dicandat . hohohoh .
.-= Aus´s last blog ..Thank You Nuffnang ! =-.
we also want to mencandat sotong this june! hehe. xsabo!
@wany,
salam … dr mna ye. bla tu nk candat sotong .
acctualy .. ayah sy ne nelayan , so … klu ada sesiapa yg nk gi candat ke mancing ke , bleh lh rekemenkn ye .
apa2 hello je kat no ne 016-7340189
Aloha Sumijelly~
Dah jejak kat sini yeay! Nice meeting uall last nite!
Ngahaha! Terselit name sy kt ctu yea.. Sy x pndai candat sotong. Pndai makan sotong je.. Lalalala.. 🙂 Kak sumi meh la dtg candat sotong.. Ngeee..
.-= Fathiha Zainal´s last blog ..Yahoo! Customer Care. Should I care? =-.
Salam perkenalan..
.-= Abe Din´s last blog ..Awasi Bahaya =-.
@Abe Din,
Hai..salam perkenalan jugak…..
salam perkenalan buat smua skli .. name sy Norma . klu ada sape2 yg berminat nak gi candat sotong @ pancing ikan tu .. blehlh bg tau kat sy .
hello je no ne 016-7340189.
aktiviti candat @ mancing kat Kuala Terengganu.
.-= Norma´s last blog ..APA ITU UNIT AMANAH PATUH SYARIAH =-.
@Norma,
Terima kasih Norma kerana sudi berkongsi no telefon dgn org ramai.
Harap segala panggilan adalah tanggunjawab saudari yek..
Terima kasih.