Moh Candat Sotong kat Ganu kite!

JADUAL ACARA UTAMA FIESTA BULAN CANDAT SOTONG 2010

Bil Lokasi Acara Tarikh
1. Ri-Yaz Heritage & Spa, Pulau Duyong, Terengganu Majlis Pelancaran Bulan Candat Sotong 20 Mac
2. Marang, Terengganu Fiesta Candat Sotong 23 Mac – 1 Apr
TM Cabaran Candat Sotong 27 Mac
3. Besut, Terengganu Fiesta Candat Sotong 21 Apr – 30 Apr
TM Cabaran Candat Sotong 24 Apr
4. Kuala Terengganu Fiesta Candat Sotong 19 Mei – 28 Mei
TM Cabaran Candat Sotong 29 Mei
5. Dungun, Terengganu Fiesta Candat Sotong 23 Jun – 2 Jul
TM Cabaran Candat Sotong 26 Jun

KUALA TERENGGANU: Aktiviti candat sotong yang popular di Terengganu bakal menjadi tarikan terbaru pelancong ke pantai timur sekali gus menjana ekonomi penduduk tempatan.

KERJASAMA...Jelani (tiga dari kiri) berbincang dengan Munir sambil diperhatikan (dari kanan) Noor Azam dan Othman.

KERJASAMA…Jelani (tiga dari kiri) berbincang dengan Munir sambil diperhatikan (dari kanan) Noor Azam dan Othman.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Jelani Hashim, berkata sebelum ini aktiviti candat sotong hanya dijalankan nelayan dan masyarakat setempat tetapi kini ia mendapat sambutan ramai sehingga kerajaan negeri menjadikannya acara tahunan.

“Aktiviti candat sotong bukan saja selaras konsep pelancongan berasaskan pertanian (agro tourism), tetapi paling utama turut memberi suntikan ekonomi kepada penduduk tempatan terutama nelayan apabila bot mereka akan disewa RM800 sebuah untuk aktiviti ini dan memberi keuntungan kepada mereka.

“Orang ramai juga pasti berbelanja membeli peralatan mencandat, makanan di atas bot, penginapan dan pengangkutan di darat selain membeli ole-ole seperti keropok dan batik sekali gus memberi manfaat dan menjana ekonomi penduduk tempatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Karnival Candat Santai LKIM-Harian Metro 2010 di pejabatnya di Chendering, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarang Berita Harian Metro, Othman Mamat; Pengarang Projek, Munir Ana’am Zuljadan dan Ketua Biro Wilayah Timur, Noor Azam Abd Aziz.

candat sotong

Karnival yang akan diadakan pada 30 April dan 1 Mei itu bukan saja memberi pengalaman baru kepada orang ramai mencandat sotong malah dimeriahkan aktiviti menarik seperti gerai, sukan rakyat, konsert, dan persembahan kebudayaan.

Nota kaki : wah…..Thiha mesti g Candat Sotong yek? nanti leh bagi kak sumi Sotong banyak cikit..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments

    • Norma says:

      @wany,
      salam … dr mna ye. bla tu nk candat sotong .
      acctualy .. ayah sy ne nelayan , so … klu ada sesiapa yg nk gi candat ke mancing ke , bleh lh rekemenkn ye .
      apa2 hello je kat no ne 016-7340189

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply