I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

I Wanna Be a Project Alpha TV Star! dalam erti kata Saya nak jadi STAR di Project Alpha!!

Wah..Project Alpha?? Apa menda tu?? hah….ni nak citer..

Ia adalah satu program realiti TV dalam talian (online) yang pertama untuk penulis blog di Malaysia. Siap buat program TV khas special punya untuk penulis blog ko. Sapa kata jadi blogger x pemes…. pemes tau.. x caya sila tgk Project Alpha Musim Pertama.

Untuk Project Alpha Musim Pertama seperti Sixthseal, Redmummy, Beautiful Nara, Fourfeetnine, Kennysia, Nicolekiss dan Budiey

BN
(ini gambar aku bersama Bautiful Nara di Majlis Astro Byond Night)

redmummy
(ini gambar aku bersama Redmummy di Majlis Family Day bersama Friso dan Nuffnang)

Aku dapatlah jumpa mereka ini secara dekat tau.. perghh….dapat ambik gmbr dengan derang jer dh rasa populer ko..belum lagi aku yg populer…hahahaha

Sekarang nie Project Alpha Musim ke 2 dah kembali dengan KY, Azwan Ali, Niki, Ninie, Cheesie, Shaolin Tiger, dan Joseph.

img

Jadi tingin nak jadi STAR di  Project Alpha Musim ke 3 ini?? Hah…senang jer.. apa yang korang perlu adalah.. sebuah komputer yg bersambung internet untuk memudahkan kerja korang..hehehehe

Hanya 60 saat atau kurang untuk menyertainya dan dengan gaya yang tersendiri, kenapa korang perlu berada di Project Alpha Musim ke 3 ini??

Untuk menghantar audition korang, hanya memerlukan 5 langkah yangmudah dan senang seperti berikut :

  1. Sertai RUUMZ atau login ke akaun korang (kalu dah register la)
  2. Sertai Kumpulan Project Alpha ruumz
  3. Muat turun VIDEO korang ke ‘Auditions‘ Album.
  4. Masukkan tajuk dan sedikit keterangan korang mengenai auditon tu
  5. Untuk melayakkan korang berpeluang di pilih, ajak la rakan2 atau ahli keluarga korang untuk mengklik perkataan “Like” di VIDEO korang.

Senang kan??

Hadiah?? perghhhhh…menarik korang sebab untuk Pemenang Top 3 akan muncul sebagai guests bloggers untuk musim yang ke 3 dan pulang dengan hadiah berikut :-

Hadiah PERTAMA
3 hari 2 malam menginap di 360Kuching Hotel, Kuching (Deluxe Room dengan sarapan untuk 2 org)
Adidas ACTION 3 hamper bernilai RM100 (Termasuk South Africa 2010 bola mini)
P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199

Hadiah ke – 2 & ke – 3
Adidas ACTION 3 hamper bernilai RM100 (Termasuk South Africa 2010 bola mini)
P1 W1GGY Prepaid bernilaiRM199

wah….lumayan ko.. apa lagi, renutlah peluang yg sekali hanya setahun..sbb tahun depan sure ada lagi hahahaha….

Jom sertai nya… kang kalu aku masuk, konfirm x kene pilih.. x kan nak citer pasal anak jer kan…..?? hahahahaha

Project Alpha Season 2 presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 comments

Leave a Reply