Al – Fatihah, Din Beramboi meninggal dunia

Din beramboi kritikal
02/04/2010 1:41am

KUALA LUMPUR – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,” katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Nota kaki : Semoga roh nya di cucuri rahmat dn ditempatkan di kalangan org yg beriman. Al – Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

  1. NADINE says:

    takziah kepada keluarga arwah….marilah sama2 kita sedekah kan surah al-fatihah semoga roh nya d tmpatkan d kalangan org2 yg beriman….al-fatihah…..

Leave a Reply to boss Cancel reply