Mari menderma Organ

Pada 26.04.2010, di The Mall ada Pendermaan Organ.. yg di anjurkan oleh Kementerian Kesihatan, HKL..

Maka aku pun turut serta mendaftarkan diri untuk menderma Organ.

Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit.

Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita.

derma organ

Jadi aku pun dengan ikhlas nya terus mendaftar di sana. Sambil korang tgk gmbr meh cini aku terangkan serba sedikit pasal DERMA ORGAN ni.

Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ?

Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.

derma organ

Apakah Itu Pendermaan Organ?

Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas ianya meninggal dunia.

Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia.

Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?

Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggan, jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

derma organ

Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?

Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.

Adakah proses pendermaan Organ akan melambatkan urusan pengkebumian Jenazah?

Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.

Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ?

Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.

derma organ

Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?

Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia

Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda?

Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.

Jadi bagaimana ngan korang?? Berminat untuk menderma ORGAN?? Aku sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang penderma?? Korang pula bagaimana??

(maklumat di petik dari laman web : www.infosihat.gov.my)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2615 6576 / 2694 2704/ 2694 2705
Toll Free : 1 – 800 – 88 9080
Laman web : www.myhealth.gov.my dan www.infosihat.gov.my

Nota kaki : Jadi apa lagi, marilah menderma. Dermalah organ demi sebuah kehidupan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments

  1. aida says:

    aida nak sgt menderma…tapi tak tahu cara menderma….
    nak isi borang kat mana?? kalau aida duduk johor bahru nak isi borang kat mana?? aida memang tanam di hati nak menderma darah dan juga organ…darah dah derma sekarang nak menderma organ…tapi boleh ke kalau selepas aida derma organ selepas itu aida derma darah?? ada kesan ke?? ni facebook aida COLOURFUL RAINBOW..nanti akak bgtau la yea…thanks kak

    • Sumijelly says:

      @aida,
      Aida, terim akasih kerana sudi membaca artikel mengenai derma organ…

      Aida boleh hubungi :
      Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur
      Tel : 03 – 2615 6576 / 2694 2704/ 2694 2705
      Toll Free : 1 – 800 – 88 9080
      Laman web : http://www.myhealth.gov.my dan http://www.infosihat.gov.my

      mungkin mereka akan bagi alamat yg terdekat dgn tempat tinggal aida…. ataupun aida hanya perlu lihat memana kompleks ada buat tak kempen menderma organ, masa tu boleh aja sertai nya…

      harap info ini membantu yek…

  2. Miqa says:

    Terima kasih kerana memaparkan isu program kesedaran pendermaan organ di dalam blog anda. Blog anda telah ditampilkan di facebook rasmi Pusat Sumber Transplan Nasional.

    Terima kasih

    P/S – Pusat Sumber Transplan Nasional kini punyai laman web rasmi iaitu http://www.agiftoflife.gov.my (di mana pengunjung boleh mendaftar sebagai pengikrar secara online)

Leave a Reply to choqolate Cancel reply