Redmummy di Harian Metro

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

pix_middle

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London.

Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.

pix_topright

Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.

Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.

Baca selanjutnya di Harian Metro Website

———————————————————————————————————————–

Wah..bertuah sungguh kak Red.. masuk paper lagi.. rezeki datang melimpah luah …errkk..luah ker ruah yek?? tetiba mcam lupa lak…hehehe

Bila la blog sumijelly.com lak nak masuk dalam paper..hehehe….

Tp awas yek kengkawan, ada sebahagian FAKTA tidak betul yek.. Kak Red dah awal2 bagi tahu..

bak kata kak red di Twitter nya

Dear Frens, banyak fakta yang tak benar about RM in Harian Metro today kay,.so jangan korang caya bulat2 plak! menjawab aku ngan mak aku wei

Manakala ni dari Facebook nya

Terkesima jap aku baca story lam HMetro pagi2 nih…banyak rahsia terbongkar, ada satu 2 salah fakta, but overall it was a good write up, cuma aku ngah tafakur kejap, acik masih lagi dalam keadaan in shock wt the stories, macamlah first time, tp ni lain sket aa…

Jadi…lebih baik bertanya dari tuan punya badan dr membaca nya tanpa mengetahui kisah sebenar.

oh ya…nak gak catat tips2 dari kak Red perturunkan…

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:

  1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
  2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
  3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
  4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
  5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
  6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
  7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

So..selamat berblogging sumer..termasuk untuk diri ku.. mesti wat motivasi nie…huhuhu

Nota kaki : Perghhhh…..susah gak jadi pemes..sumer org nak tahu pasal kita.. errk.pemes ker sumijelly nie?? hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 comments

  1. yatie says:

    hahaha.. mmg surat kabar suka tambah-tambah cerita.. dulu bila 2-3 kali pernah masuk paper dorang suka gak tambah citer…yang tak buat , dia kata buat, yang takde dia kata ada… mmg dah imun ngan surat kabar….tapi magazine ok. dorang betul-betul study

    • sumijelly says:

      @yatie,
      tu la..ada yg AUTA tu… tp susah gak..kalu kak Red tu nak betulkan..
      org akan percaya apa yg paper tulis dr tuan punya badan berbicara…

      apa2 pun..terpulang kepada pembaca…nak percaya @ tidak…

  2. Khairi says:

    bukan luah, tapi ruah. kan?

    glemer btol kak red. pernah sembang ngn husband dia, husband dia lebih low profile dan suka merendah dia. husband dia mmg best.
    .-= Khairi´s last blog ..Desperado? =-.

    • sumijelly says:

      @Khairi,
      tu la konpius lak.. luah ker ruah?? hehehe

      glamer la kak red… suami nya pun glamer…peramah gak bila di tegur..
      ada gak yg cakap kak red sombong..pelik la..menilai org dgn sekali pandang jer..huhuhu

  3. Captain says:

    RM10,000?! 4 juta?! fuhhh.. milestone yg sukar tuk kugapai nie.. respect.. respect.. tapi yg mne fakta yg mne outa?!

    ** dah masuk n/paper agi bertambah r visitors ngn money money money.. hahaha
    .-= Captain´s last blog ..Ada Apa Dengan Maya? =-.

  4. Mak Su says:

    saya teruja dengan berita ini… saya sekarang dok search merata2 nak baca tentang kejayaan dan rahsia kejayaan redmummy, kira macam idola ler 🙂

    • sumijelly says:

      @Mak Su,
      hehehe…sumi dh lama bersama Redmummy..dr dia jugak la sumi belajar membuat blog..
      tp kalu tidak ada support dr suami rasanya sumer ini tidka berjaya…
      suami sumi amat susah nak kasi sumi g mana2 event sbb anak siapa nak jaga?? huhuh

  5. anor says:

    wah wah wah
    idola ai neh sokmo masuk paper tau…makin meletopssss
    kak sumie, jom kita wat 10 entry sehari
    argh!! mau tak tido hahahaha

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply