[Cerpen] Suatu petang

Suatu petang yang nyaman, angin yang sepoi-sepoi bahasa beriup, cuaca yang redup, sepasang suami isteri duduk bercanda gurau di halaman rumah mereka.

Si suami, Azmi duduk dengan melunjurkan kakinya , di taongkat badannnya dari belakang dengan kedua-dua belah tangannya, duduk mengadap pemandangan yang luas saujana mata memandang. Hasratnya membeli rumah di atas bukit membolehkannya melihat hamparan bumi yang terbentang luas.

Si isteri, Mardiah, membaringkan badannya di atas rumput carpet sambil kepalanya berbantalkan paha kanan suaminya.

Pandangan matanya melihat ke langit sambil memerhatikan wajah suaminya dari sudut bawah.

Lama direnungnya wajah suami tercinta itu, diperhati, direnung wajah yang bukan selalu boleh didampinginya. Kesibukan suaminya yang selalu menghadiri kursus-kursus di samping kerjaya sebagai pakar perubatan membuatkannya tidak ingin melepaskan masa di hujung minggu itu dengan sia-sia. Direnung sepuas-puasnya suaminya itu. Azmi perasan yang wajahnya direnung oleh isterinya, dialihkannya pandangan ke arah wajah isterinya,

“kenapa sayang?”

sambil tangannya membelai lembut wajah isterinya.

“abang, abang tak rasa sunyi ke?”

lembut suara Mardiah bertanyakan suaminya.

“Sunyi??…maksudnya? ?…selagi ada mardiah, abang tak pernah rasa sunyi..”

jujur Azmi menjawab walaupun dia mengagak ada sesuatu yang bermain di kotak fikiran isterinya.

“Mardiah nak tanya abang sesuatu boleh?”

“Apa dia sayang.. nak tanya seribu pun tak apa.”.

Azmi menghentikan tangannya dari terus membelai wajah isterinya. Dia mahu memberi perhatian apakah yang bermain jauh di lubuk hati isterinya itu. Ketika Azmi menghentikan belaian tangan di wajah isterinya, Mardiah membangunkan badannya, dan duduk disamping suaminya sambil kakinya dilunjurkan kehadapan sebagaimana suaminya.

“Abang, abang tak rasa nak kahwin lagi ke?”

“Hah??…Kahwin lagi?Siapa nak kahwin lagi , abang ke??”

terkejut Azmi ditanyakan soalan begitu oleh isterinya.

Apakah ini yang membuatkan isterinya lain dari kebiasaan?

Azmi tidak tahu mahu menjawab apa. Diam sahaja. Membiarkan angin lembut terus menampar pipi mereka, lembut dan tenang.

“Kenapa mardiah tanya macam tu? selama ni , abang cukup bahagia dengan mardiah di sisi.Semua cukup. Tak terlintas pun dalam kepala abang nak tambah lain.

Mula-mula kahwin dulu, ada juga fikir-fikir, tapi sekarang ni, rasanya, Mardiah segala-galanya bagi abang.” jujur Azmi menjawab.

Mardiah berbesar hati dengan pengakuan suaminya itu. Suatu penghargaan dari suaminya yang dia betul-betul menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

“Hmm.. Mardiah bukan apa, kita ni serba cukup, harta yang ada ni pun, macam tak habis guna.

Lagipun mardiah teringat ayat quran, surat annisa ayat tiga rasanya, kan dalam tu beritahu,

mula-mula kahwin ni, kena mulakan dengan dua terus, atau tiga , atau empat, kalau rasa tak mampu, baru kahwin satu.

Maksudnya, kalau rasa tak mampu baru satu, tapi kalau dah cukup semua, takkan satu jugak?..bukan ke zalim namanya tu?”

Azmi terdiam. Dalam hatinya ada timbul rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri seperti mardiah. Kefahaman isterinya terhadap ajaran agama, banyak membantunya dalam setiap gerak kerja.

Banyak kerja-kerja yang berkaitan dengannya, dibantu oleh isterinya. Dan ada juga bahan kuliah atau ceramah yang disampaikan olehnya, disiapkan modul-modulnya oleh siterinya.

Azmi yang bekerja sebagai pakar perubatan juga bekerja sebagai pakar motivasi. Segala aktivit hariannya bergerak lancar dengan adanya isterinya disisi.

Bagi dirinya yang serba sibuk itu, isterinya adalah segala-galanya.

Dalam dunia ini, bagi Azmi, hanya dua orang wanita yang bertakhta di hatinya, satu , ibunya, wanita yang paling disayanginya, kedua isterinya, wanita yang paling dicintainya.

Azmi masih lagi membatu. Tidak tahu menjawab.Baginya, soalan isterinya petang ini, agak berlainan dari kebiasaan.

Direnung wajah isterinya, ditatapi setiap inci wajah isteri tercinta, mencari suatu kepastian dari isterinya terhadap soalan yang diajukan.

Mardiah tersenyum. Dia merasakan bahawa suaminya sangsi dengan soalannya sebentar tadi. Ketenangan yang ditunjukkan oleh Mardiah membuatkan Azmi semakin mahu pening. Baginya, tidak tahu apa yang difikirkan oleh isterinya. Melihatkkan suaminya masih membatu, hanya wajah yang sangsi, Mardiah mula mencari ayat-ayat untuk dibentangkan pada suaminya

“Abang, mardiah baca surat khabar, dia tunjuk tentang statistik tentang nisbah perempuan dengan lelaki.

Sekarang ni, nisbah perempuan dengan lelaki 2:1. Dua orang wanita , seorang lelaki. Mardiah rasa sedih.”

“Sedih?..kenapa sayang?”

Azmi semakin hilang punca. Nada ’sedih’ yang dinyatakan oleh isterinya, membuatkan dirinya semakin tidak keruan.Jarang isterinya begitu.

“Sedih sebab ramai la nanti perempuan yang tak kahwin, takde pasangan.

Mardiah rasa bersyukur sebab dah kahwin, tapi kalau yang belum tu, diorang pun mesti ada juga perasaan mahu ada pasangan. Mahu bermanja-manja,mahu rasa kasih sayang dari seorang yang bergelar suami.

Kalau semua orang macam abang, mesti ramai yang memendam rasa.

Kalau rakyat negara kita ada tiga juta, sejuta lelaki, dua juta perempuan, siapa nak kahwin lagi sejuta perempuan tu kalau semua orang macam abang?…”

Azmi terkedu. Tidak tersangka begitu sekali perasaan isterinya terhadap perasaan orang lain.

Mampu merasakan perasaan orang lain. Seperti yang diajarkan oleh Islam, merasakan orang lain seperti diri sendiri. Isterinya itu betul-betul satu mutiara yang tiada gantinya bagi Azmi.

Jarang sekali di dunia ini, seorang isteri bertanyakan sang suami tentang perihal poligami.

Tetapi Mardiah lain, seorang yang dikenalinya bukanlah jenis yang mementingkan diri.

Dalam syukur, Azmi masih tidak tahu apa yang perlu diucapkan olehnya. Azmi menarik nafas sedalam-dalamnya, dan dihembuskan seadanya.

“Mardiah nak abang buat apa?” akhirnya keluar butir suara dari Azmi.

“Mardiah nak tanya abang. Mardiah kenal abang, dah sepuluh tahun kita kahwin.

Setakat ni, Mardiah tak sangsi, jika abang mahu kahwin pun, Mardiah tak kisah. Nak minta Mardiah carikan pun, Mardiah akan cuba.”. tenang ucap Mardiah. Baginya, tiadalah yang lebih berharga melainkan berkorban untuk orang lain.

Dia ingat tentang ayat Tuhan tentang kebaikan sebenar hanyalah berkorban pada benda yang paling disayangi. Dan kasih sayang suaminya itulah benda yang paling dihargainya,

maka dia berharap agar ianya menjadi kebaikan disisi Allah, Tuhan Pemilik dirinya.

“Betul ke ni sayang?”

Azmi seakan tidak percaya akan tawaran isterinya itu. Tidak timbul dalam dirinya mahu mencari lain setelah bernikah dengan isterinya itu.

Bagi Azmi, dia mengenepikan hasrat untuk berkahwin lain bukan kerana apa, kerana takut tidak berlaku adil, dan sifat tidak adil itulah dia takut akan hukuman yang akan menantinya di akhirat kelak. Perkahwinan baginya suatu tanggungjawab yang berat jika tidak pandai mengawalnya ke arah keredhaan tuhan. Jika tersalah langkah , hancur musnahlah masa depannya di akhirat kelak.

“Mardiah tak boleh tahan, sebab ramai kaum mardiah seakan tidak terbela. Abang tak pernah rasa kesunyian.

Mardiah yang selalu dengan abang pun selalu rasa sunyi kalau abang keluar kerja, kursus mana-mana.

Itu baru sekejap. Dua tiga hari takde orang kat sisi, Mardiah dah rasa sunyi, sedih walaupun memang itu harga pengorbanan.

Tapi cuba abang fikir, bagaimana perasaan mereka yang tidak punya pasangan langsung?

Boleh ke mereka menahan diri dengan memendam perasaan melihat orang lain berkeluarga, bersuka ria dengan orang tersayang sedangkan diri mereka keseorangan?

Kalau Mardiah duduk dalam situasi mereka, Mardiah tak rasa Mardiah boleh tahan.Seksa bang…” sayu suara Mardiah mengutarakan perasaannya pada suami tercinta.

Melihatkan kesungguhan isterinya, Azmi mengumpul kekuatan terhadap apa yang didengarnya.

“tapi abang bersyarat kalau betul Mardiah nak abang kahwin lagi..”

“abang cakap je nak apa,insyaallah, Mardiah terima”

“Abang tak nak kahwini mereka yang masih seorang. Kalau boleh, abang mahu kahwini janda yang kematian suami. Yang ada anak-anak kecil.

Abang mahu kurangkan beban mereka. Nabi dulu kahwini janda-janda kerana mahu membela kaum-kaum ini,walaupun ada tu kerana mahu menarik dan membesarkan Qabilah-qabilah kepada Islam,

tapi dari ramai-ramai isteri-isteri Nabi, hanya seorang sahaja yang masih dara ketika Nabi kahwini, itulah Aisyah, yang lain-lain semuanya janda“terang Azmi.

Allah sangat memuliakan mereka yang memuliakan anak-anak yatim.

Itulah saranan tuhan pada Nabinya ,juga pada umatnya. Azmi sangat berpegang pada janji Tuhan terhadap sesiapa yang membela anak-anak yatim.

Jika diusap kepala anak-anak yatim pun sudah dikira kebaikan , apatah lagi membela dan membesarkan anak-anak yatim itu sendiri serta mendidik mereka menjadi tunjang agama, tersangatlah elok lagi.

Mardiah tersenyum. Rupa-rupanya, suaminya lebih memahami dari dirinya. Disangkakan bahawa suaminya tidak memikirkan persoalan-persoalan ini. Tenang hatinya.

“Dah la sayang. Jangan sedih-sedih lagi ye..

Remuk hati abang tengok sayang sedih. Insyaallah, abang akan usahakan apa yang Mardiah hajatkan.

Abang buat ni pun sebab Mardiah juga. Apa yang buat Mardiah bahagia, abang rasa sekali. ok,

jom , kita masuk rumah, dah nak maghrib dah ni.Lepas solat nanti, kita bertolak balik rumah mak. Lawat mak, dah lama tak jumpa.”

Sambil memegang tangan isterinya, Azmi dan Mardiah masuk ke dalam rumah membawa bersama harapan yang mahu dikongsi dengan mereka yang lain.

oleh: umaralfateh

Nota kaki : Ini adalah kiriman dr kengkawna aku ke email…aku hanya berkongis untuk tatapan pembaca.. aku x tahu siapa pemilik cerpen ini..klau pemilik nya terbaca, mari tinggalkan link untuk aku linkkan kembali…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply to ?nkara? Cancel reply