Labuan International Sea Challenge 2010

Labuan International Sea Challenge (LISC) 2010 akan berlansung pada 26 April hingga 2 Mei 2010 bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. LISC merupakan acara tahunan kalendar pelancongan Labuan yang telah dianjurkan sejak tahun 1997 lagi. Pada tahun ini , Perbadanan Labuan merupakan penganjur utama bersama Kementerian Pelancongan Malaysia.

img

Acara-acara utama yang dianjurkan dalam LISC adalah

  • Labuan International Games Fishing Tournament
  • Cross Channel Swimming
  • Round Island Kayak Challenge
  • Kayak Sprint
  • Pertandinagan Joran Pantai dan Joran Pesisir Pantai.
  • Pertandiang memancing laut dalam terletak di kawasan perairan Spratly iaitu kira-kira160 batu nautik dari Labuan.

img

Sejumlah RM 80,000 wang tunai ditawarkan bagi acara ini yang dibahagikan mengikut kategori berkumpulan dan individu. berdasarkan penyertaan pada tahun-tahun lepas , acara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan dianggarkan pada tahun ini seramai 280 orang peserta akan menyertai acara ini yang mewakili

  • UK,
  • New Zealand,
  • Australia,
  • Jerman,
  • Thailand,
  • Singapura,
  • Brunei dan lain-lain.

Bagi acara renang dan kayak , sambutan penyertaan yang diterima juga amat menggalakkan dan bilangan penyertaan semakin meningkat setiap tahuan. Selaian acara utama di atas , acara-acara sampingan turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara LISC 2009

Majlis penutup Rasmi LISC 2010 akan diadakan pada 2 Mei 2010 dan dijangka akan disempurnakan oleh YB Dato Raja Nong Chik Bin Dato’Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesjahteraan Bandar. Pada majlis tersebut , hadiah-hadiah untuk pemenang acara Labuan Internatiol Games Fishing Tournament akan turut disampaikan. Selain itu , majlis penutup ini akan dimeriakan denga persembahan artis jemputan Jamal Abdillah dan artis-artis tempatan serta pertunjukan bunga api.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply to aidi-safuan Cancel reply