haip….anak aku bukan penjenayah yek! kechik lagi taw…mintak dijauhkan. ini sumber berita daripada utusan untuk korang baca boring-boring jerk. isu semasa sekarang ni la kes pasal budak 15 tahun kene tembak tu. tahu tak? tak tahu baca sendiri…
SHAH ALAM 27 April – Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah (gambar), 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.
Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media.
Sebagai seorang ibu, dia lebih arif tentang sikap dan tingkah laku Allahyarham yang bersopan santun serta menghormati orang lebih tua.
“Malah kami bukan daripada keluarga penjenayah. Saya akan berbincang dengan ahli keluarga lain bagi melantik peguam untuk tindakan selanjutnya agar anak saya mendapat pembelaan sewajarnya.
“Saya juga mahu pihak polis menjalankan siasatan telus dan tidak melindungi anggota-anggota polis peronda yang terlibat dalam insiden tersebut,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 itu, terbunuh apabila terkena tembakan polis setelah mangsa dan rakannya yang menaiki kereta Proton Iswara cuba ditahan polis kira-kira pukul 2 pagi semalam.
Norsiah berkata, dia mendapat tahu anaknya keluar rumah secara senyap menggunakan kereta kakaknya untuk menonton perlawanan bola sepak di Seksyen 7 di sini.
Namun katanya, rakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta itu memberitahu, dalam perjalanan pulang mereka sempat membantu rakan yang kerosakan motosikal di Seksyen 2.
Katanya lagi, malangnya selepas itu, kereta mereka terlanggar pula sebuah kereta Mercedez-Benz.
“Mereka panik kerana tiada lesen memandu lalu terus memecut laju menyebabkan beberapa buah motosikal mengejar kereta anak saya hingga bergesel dengan salah sebuah motosikal tersebut.
“Tiba-tiba mereka bertembung dengan sebuah kereta polis… Disebabkan takut mereka terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian,” katanya.
Untuk maklumat lanjut pasal berita ini sila layari utusan yek!
nota kaki : entry ini di updet oleh sekilass.com hak hak hak
Sedih kan kak? Incident tu berlaku betul-betul kat area rumah farah kat Shah Alam tu.
@Farah Y,
eh …ye ker>> tp susah gak..
kene siasat betul..
tp salah parents dia la..sbb mana leh bawah 18thn memandu… polis buat kerje dia..dh nampak budak tu bawa lelaju…mesti dia suspek penjenayah…
susah gak nak cakap …. budak skrg dh makin cerdik..
banyak isu kes nih …
.-= Honey´s last blog ..Utusan Malaysia – Bayi Susu Ibu IQ Tinggi =-.
@Honey,
yup…kes yg melibatkan perasaan seorang ibu dn tugasan seorang polis…
susah nak di rungkaikan..huhuhu
sedih bila baca kisah ni….apa la salah budak itu?
.-= eyriqazz´s last blog ..Wanita Misteri Terjawab =-.
@eyriqazz,
emm..sebenarnya memang budak tu x salah… tp cara budak tu melarikan diri yg salah..
patutnya dia x leh bertindak begitu..
dh x der lesen, langgar org, pastu lari pulak bila nampak polis..so memang betul la cara polis settle…tembak bila nampak yg mencurigakan.. huhu…
ishk..panjang lak leter…hehehe
bnyk benda berlaku skrg ni. Kesian la diorg ni. kalau polis cuba melindungi anggotanya, susahla nak ckp. Mcm tak caya dah dgn polis kalau mcm tu
@kyuubi_85,
tu la… apa2 pun..kita dgr dulu penjelasan dr pihak polis…