Sijil sakit palsu: JPA beri amaran

PUTRAJAYA 6 Mei – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan buang kerja mana-mana penjawat awam yang didapati mengemukakan sijil cuti sakit palsu atau meminda apa-apa fakta dalam sijil berkenaan.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA, Datuk Dr. Mohd. Azhar Yahaya berkata, tindakan itu diambil kerana melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4 (2)(f) dan (g), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

sijil sakit

“Sijil cuti sakit yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta akan melayakkan penjawat awam mendapat kemudahan cuti sakit setelah dikemukakan kepada ketua jabatan.

“Bagaimanapun terdapat kecenderungan di kalangan penjawat awam mengemukakan sijil cuti sakit palsu atau meminda sijil cuti sakit bagi tujuan tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat edaran JPA kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan di sini hari ini.

Bagaimanapun dalam surat edaran itu tidak dinyatakan sejauh mana keseriusan kelakuan tersebut di kalangan penjawat awam.

Nota kaki : gulp………..masa swasta dulu rajin la wat… tp sejak keje ngan gomen.x berani la.kang x pepasal kene buang keje lak aku…huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply