Apakah itu seks?
Seks bermaksud melakukan aktiviti seks.
Aktiviti seks merangkumi rangsangan perasaan seksual dengan cara berikut:
- Sentuhan – contohnya membelai, berpeluk
- Rangsangan pada organ kemaluan – contohnya menyentuh kemaluan
- Rangsangan oral – contohnya ciuman
- Pergerakan badan – contohnya tarian secara seksi
- Pertuturan – contohnya kata-kata yang menggoda secara bersemuka atau melalui telefon
- Persetubuhan – bermaksud memasukkan penis ke dalam:
- Vagina
- Dubur
- Oral
- Seks yang lazimnya, merujuk kepada persetubuhan vagina di mana penis dimasukkan ke dalam vagina
Konsep umum mengenai seks
Ia merupakan desakan reproduktif yang semula jadi (untuk memulakan satu keluarga).
Tarikan asas terhadap pasangan yang berlainan yang merupakan sebahagian hubungan intim.
Perasaan peribadi – tarikan seksual yang biasanya dikongsi di antara pasangan yang telah berkahwin.
Kebanyakan orang tidak selesa untuk membincangkan perkara ini di khalayak ramai.
Semua agama yang utama di Malaysia tidak membenarkan seks sebelum berkahwin kerana ia menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab seseorang individu.
Adakah aktiviti seks berisiko?
Ya!!
Melakukan aktiviti seksual boleh menjurus kepada akibat yang berisiko.
Fizikal/perubatan
- Kehamilan yang tidak diingini
- Jangkitan seksual (STIs)
- Jangkitan salur kencing (UTIs)
- Kecederaan berhubung kait dengan seks, contohnya kekoyakan selaput dara, selaput kulup di penis
Psikologi
- Bergantung kepada pasangan secara emosi
- Ketagihan kepada seks/ pornografi
- Rasa bersalah/benci diri sendiri
- Malu
- Tingkah laku mencederakan diri sendiri kerana perasaan bersalah
Sosial
- Gangguan seksual
- Penderaan seksual
- Mencabul
- Rogol
- Perasaan prejudis dan stigma sosial, contohnya digelar orang buangan
Pergghhhhhhh…..takut jugak baca kan?? tapi masih lagi tiada kesedaran oleh kalangan REMAJA…bila mereka nak memahami??
Buat tanpa memikirkan kesan nya, amatlah buruk akibatnya..
Yang rugi diri sendiri bukan org lain… jadi fikir2kan wahai remaja….
Mmm…:) terkebil2 daku membacanya ๐
@sitisifir10,
hikhikhik…. tapi masih memahami kan?? hehehe…
STI? Bukan STD ke?
adeih, ini untuk adult nih. tak sesuai langsung untuk aidi comey baca mende2 camnih. rosak pikiran aidi yang suci sebelum ini. ๐
.-= aidi-safuan´s last blog ..Mari Pecahkan Teruna & Dara Masing-Masing Dengan Bermain Buaian! =-.
@aidi-safuan,
hahahaa…….org suh belajar.bukan suh praktik la ……..
@sumijelly, la, suruh belajar je ker? hampir-hampir nak praktikkan dah nih.
.-= aidi-safuan´s last blog ..Mari Pecahkan Teruna & Dara Masing-Masing Dengan Bermain Buaian! =-.
@aidi-safuan,
hoi..hoi… belajar memahami la..bukan suh praktik…
kang ada yg kuar paper kene tangkap kang…muahahaha
@sumijelly, la, nape kena tangkap plak?
.-= aidi-safuan´s last blog ..Mari Pecahkan Teruna & Dara Masing-Masing Dengan Bermain Buaian! =-.
@aidi-safuan,
sbb…ko praktikan apa yg kak sumi tulis…hahahaha
memang jadi expert le kejap lagi ni.
.-= sharinginfoz´s last blog ..Siapa Juara Liga Inggeris: Chelsea Atau Manchester United =-.
@sharinginfoz,
hahaahaha……………………..