Apakah itu seks?

Apakah itu seks?

Seks bermaksud melakukan aktiviti seks.

Aktiviti seks merangkumi rangsangan perasaan seksual dengan cara berikut:

  • Sentuhan – contohnya membelai, berpeluk
  • Rangsangan pada organ kemaluan – contohnya menyentuh kemaluan
  • Rangsangan oral – contohnya ciuman
  • Pergerakan badan – contohnya tarian secara seksi
  • Pertuturan – contohnya kata-kata yang menggoda secara bersemuka atau melalui telefon
  • Persetubuhan – bermaksud memasukkan penis ke dalam:
    • Vagina
    • Dubur
    • Oral
  • Seks yang lazimnya, merujuk kepada persetubuhan vagina di mana penis dimasukkan ke dalam vagina

Konsep umum mengenai seks

Ia merupakan desakan reproduktif yang semula jadi (untuk memulakan satu keluarga).

Tarikan asas terhadap pasangan yang berlainan yang merupakan sebahagian hubungan intim.

Perasaan peribadi – tarikan seksual yang biasanya dikongsi di antara pasangan yang telah berkahwin.

Kebanyakan orang tidak selesa untuk membincangkan perkara ini di khalayak ramai.

Semua agama yang utama di Malaysia tidak membenarkan seks sebelum berkahwin kerana ia menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab seseorang individu.

Adakah aktiviti seks berisiko?

Ya!!

Melakukan aktiviti seksual boleh menjurus kepada akibat yang berisiko.

Fizikal/perubatan

  • Kehamilan yang tidak diingini
  • Jangkitan seksual (STIs)
  • Jangkitan salur kencing (UTIs)
  • Kecederaan berhubung kait dengan seks, contohnya kekoyakan selaput dara, selaput kulup di penis

Psikologi

  • Bergantung kepada pasangan secara emosi
  • Ketagihan kepada seks/ pornografi
  • Rasa bersalah/benci diri sendiri
  • Malu
  • Tingkah laku mencederakan diri sendiri kerana perasaan bersalah

Sosial

  • Gangguan seksual
  • Penderaan seksual
  • Mencabul
  • Rogol
  • Perasaan prejudis dan stigma sosial, contohnya digelar orang buangan

Pergghhhhhhh…..takut jugak baca kan?? tapi masih lagi tiada kesedaran oleh kalangan REMAJA…bila mereka nak memahami??

Buat tanpa memikirkan kesan nya, amatlah buruk akibatnya..

Yang rugi diri sendiri bukan org lain… jadi fikir2kan wahai remaja….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply