Karnival Pekerjaan dan Pendidikan di Putrajaya

PUTRAJAYA: Golongan yang sedang mencari pekerjaan boleh mengunjungi Karnival Pekerjaan dan Pendidikan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Hari Belia Negara 2010 yang bermula esok.

Pengarah Bahagian, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia Dan Sukan, Sa’ari Salleh, berkata karnival di sini itu menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan dan latihan kepada belia termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), institusi kemahiran dan universiti.

———————————————————————————————————————————————-

PUTRAJAYA 13 Mei — Kementerian Belia dan Sukan menjangkakan seramai 300,000 orang berkunjung ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 dari 14 hingga 16 Mei ini.

Sehubungan itu bagi kemudahan pengunjung, kira-kira 30,000 petak parkir awam telah disediakan di Presint 1, 7, 18 dan 20.

Kementerian itu dalam satu kenyataannya hari ini berkata pihak penganjur akan melaksanakan konsep Park ‘n’ Ride sepenuhnya sepanjang acara berlangsung kerana beberapa jalan utama ke Core Island Putrajaya akan ditutup kepada lalu lintas.

“Orang ramai tidak perlu risau kerana tidak kurang daripada 30 buah bas ulang-alik disediakan untuk membawa orang ramai dari lokasi parkir awam ke pusat transit di tapak acara,” katanya.

Sementara itu sebanyak 16 buah trem disediakan di pusat transit secara percuma untuk kemudahan pengunjung bergerak di sekitar tapak acara. — Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply