POLIS tak akan minta maaf

Saya enggan minta maaf – Khalid

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 12 Mei – Individu yang membenarkan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, memandu kereta ketika kejadian pada 26 April lalu sepatutnya memohon maaf dan bukannya pihak polis, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, ini kerana, individu tersebut pasti tahu Allahyarham tidak memiliki lesen memandu dan dia tidak sepatutnya dibiarkan memandu kenderaan.

Sehubungan itu, tegas beliau, tidak wajar pihaknya yang hanya menjalankan tugas ketika kejadian disuruh meminta maaf atas apa yang berlaku sedangkan kes ini telah pun dibawa ke mahkamah.

“Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian, anggota polis yang terlibat hanya menjalankan tugas.

“Mujurlah tidak ada orang awam yang cedera atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada polis ketika kejadian,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan keluarga Aminulrasyid yang mendesak pihak polis memohon maaf di atas kematian arwah akibat terkena tembakan di Seksyen 11 di sini pada 26 April lalu.

Khalid kesal kerana ada pihak tertentu yang cuba menghasut masyarakat terutamanya remaja untuk membenci dan menyalahkan pihak polis berhubung kejadian itu.

Sepatutnya ujar beliau, mereka perlu menasihatkan masyarakat dan remaja supaya mematuhi undang-undang dan menghormati tugas polis.

Dalam perkembangan yang sama, kata beliau, pihaknya juga ingin menafikan pernah mengatakan arwah Aminulrasyid sebagai penjenayah.

Beliau menjelaskan, pegawainya hanya mengatakan yang pihak polis bertindak kerana mengesyaki orang yang berada di dalam kereta ketika kejadian ialah penjenayah memandangkan cara kenderaan itu dipandu menyerupai penjenayah.

“Cuba anda bayangkan, situasi apabila penjenayah dibiarkan lari dan polis tidak ambil tindakan, pasti polis juga yang akan dipersalahkan.

“Jadi memandangkan kes ini sudah dibawa ke mahkamah, saya harap semua pihak terutama keluarga arwah agar bersabar dan jangan desak polis untuk minta maaf kerana polis tidak akan mohon maaf kerana menjalankan tugas,” ujar beliau.

Nota kaki : Aku SETUJU apa yang POLIS katakan……….parents AMIRUL patut rasa bersalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments

  1. nnnnnetet says:

    Betul,
    parent sekarang ni pelik la… yang mengaku jelah anak engko yang salah tak de lesen dan lari masa di tahan polis. Amal makruf nahi mungkar. Aku sokong polis kali ni ….

Leave a Reply to nnnnnetet Cancel reply