Nursuraya juara Keep Slim Amba-Hunt

suraya

Dr. Nursuraya Hanis bersama Noor Fairose Sa’at (kiri) dan Radziah Ahmad yang memenangi pertandingan Keep Slim Amba-Hunt di Subang Jaya, semalam.

PETALING JAYA 14 Mei – Tekad untuk menguruskan badan di pusat pelangsingan badan Keep Slim cawangan Bangi memberi tuah yang berganda kepada Dr. Nursuraya Hanis Abdullah, 32.

Ini kerana, ibu kepada dua anak itu bukan sahaja berjaya menurunkan berat badan malah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Keep Slim Amba-Hunt setelah menewaskan 20 peserta dari sembilan cawangan lain.

Kejayaan itu membolehkan Nursuraya Hanis membawa pulang hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai dan produk rawatan kecantikan.

Selain Nursuraya Hanis, pertandingan itu turut menyaksikan Radziah Ahmad, 37, berjaya menduduki tempat kedua dan menerima hadiah berjumlah RM20,000 manakala tempat ketiga jatuh kepada Noor Fairose Saat, 28, yang menerima hadiah bernilai RM10,000.

Sementara itu, Nursuraya Hanis yang ditemui menyifatkan kemenangan itu berkat doa dan dorongan suaminya, Raja Jamal Raja Hedar.

“Saya terkejut dan gembira apabila diumumkan sebagai juara kerana tidak sangka cubaan sekadar suka-suka ini memberikan kenangan manis buat kami sekeluarga,” katanya.

Bermula dari November 2009, Nursuraya Hanis menyertai program pelangsingan dan kecantikan badan di cawangan Keep Slim Bangi.

Ibu kepada dua anak itu, berjaya mengurangkan berat badan daripada 73 kilogram kepada 59 kilogram setelah mengikuti 15 sesi rawatan di pusat tersebut.

“Harapan saya agar berat badan ini dapat dikekalkan melalui amalan diet pemakanan sihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Radziah yang mewakili Keep Slim Kajang berkata, dia berjaya menurunkan berat badan daripada 63 kepada 49 kilogram.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan ia menambahkan lagi keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai selepas ini.

“Penurunan berat badan ini juga membantu saya dalam kerja-kerja seharian dan ia turut mengubah cara hidup saya kepada yang lebih baik,” jelasnya.

———————————————————————————————————————————————–

sapa yang pernah baca entry pasal Hanie masuk Keep Slim kat blog aku mesti dah tahu… ishk.. penat la nak citer balik.. nak tahu.. g baca balik entry aku di sini

So…korang g la baca… penat la pulak nak ulang tayang lagi sekali…

Oh ya pada 23hb ada Perasmian Cawangan Bangi Keep Slim, jemputla datang beramai2. Hanie pun ada tau.. leh jumpa Hanie g mintak Autograf…huhuhu.

Tarikh : 23.05.2010 (ahad)
Masa : 11am – 4 pm
Tempat : Keep Slim Cawangan Bangi
Acara : Perasmian Cawangan Bangi

Marilah berjumpa Raja Azura dan Bintang Amba Hunt Keep Slim dan menikmati diskaun pakej sehingga 50% sempena Majlis Persamian Cawangan Bangi.

20 pelanggan baru yang pertama akan menadapat rawatan dan hadiah percuma ! Ada lagi, dengan membawa 3 orang rakan, anda juga dapat satu rawatan PERCUMA!

Datang la beramai2 pada 23 hb ini , bufeet makanan dia sediakan. Untuk eterangan lanjut sila hubungi 03 – 89273622/23.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply