Gaji 600,000 kakitangan awam disemak

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.

Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

———————————————————————————————————————————————

Kalu kumpulan Sokongan Satu dan Dua naik…bagaimana kumpulan P&P?? kene teliti dulu sebelum buat keputusan… kang kene buat keje dua kali lak.. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments

  1. zoulsham says:

    Saya rasa ide kenaikan gaji ni kurang adil kepada golongan Pengurusan dan Profesional. Sepatutnya kenaikan diberi kepada semua peringkat pada kadar yang sama atau bottom heavy. Jurang gaji antara golongan P & P dan Sokongan akan semakin kecil dan akhirnya nanti tiada beza imbalan yang diterima lepasan pengajian tinggi dengan pekerja lepasan sekolah.

    • sumijelly says:

      @zoulsham,
      eem….mungkin betul jugak… iyerla..kalu sumer kelulusan bermula dr SPM.. org yg tidak bersekolah, tp mahir dlm pekerjaan mcm mana kan??
      kene kaji supaya sumer di adili. nanti rakyat yg miskin tidak terbela lak…

Leave a Reply