(kredit to GOOGLE kerana menemui gambr ini)
Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip “Precepts” sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha “Sutras”. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.
- Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu: Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
- Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
- Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown.
Hari Wesak juga merupakan salah satu CUTI UMUM MALAYSIA.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadualkan menghadiri majlis sambutan Hari Wesak pada 28 Mei ini di Kuil Buddha Maha Vihara di Brickfields di sini.
“Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba di kuil itu pada jam 9.30 pagi,” kata Ketua Sami Besar Malaysia, K Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera hari ini.
– Di petik dari Berita Harian 16.05.2010
Nota kaki : Pada pengganut Buddha… selamat menyambut hari Wesak. Dan pada yang lain, selamat berhujung minggu……
Saya sangat setuju apa yang menjadi pemikiran anda.
@portal berita indonesia,
Terima kasih ya,,,