Pesta Nasi Lemak 1 MALAYSIA

nasi lemak

Pesta Nasi Lemak 1 Malaysia akan diadakan pada 4,5 dan 6 Jun 2010 di Tapak Pasar Tani Presint 2,Putrajaya. Acara bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pertandingan memasak Nasi Lemak di anjurkan oleh  Sri Warisan Event Management dengan sokongan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Perbadanan Putrajaya.

Program ini bertujuan mengumpul dan mencungkil bakat memasak dengan Resepi Nasi Lemak yang telah wujud ratusan tahun serta memartabatkan nasi lemak sebagai salah satu makanan warisan Malaysia yang di gemari oleh semua kaum, penglibatan penyertaan pertandingan juga dari pelbagai lapisan masyarakat. Menurut pengerusi program Chef Yang Jamil, pertandingan ini mensasarkan penyertaan seramai 200-300 orang peserta dan 20000 pengunjung.

nasi lemak

10,000 nasi lemak bungkus akan diberi secara percuma kepada pengunjung.

Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Rais Yatim, Menteri  Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. Ucapan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang turut bersama sehingga ke hari ini walaupun program ini telah di tunda beberapa kali. Terima kasih juga kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perbadanan Putrajaya, Petronas Dagangan,Maggi,Nestle House,FAMA, RTM, A.Lazo, DOREMi, WARNER MUSIC MALAYSIA, NESCAFE,, Kristal Garam Himalaya, Klasik Nasional, Sri Warisan Event Management ,Sri Elila Resourses,Achik, Yayasan AL-bukhari, Nasi Lemak Jombo Ria, Inter Global Music sdn bhd, Syarikat Faiza Sdn Bhd, Galeri ilmu Sdn Bhd, Pusat Khidmat Era Edar Marketing,HPA, Canergy Sdn Bhd.

Pelbagai hadiah untuk di menangi dan acara menarik menanti anda, pertandingan memasak nasi lemak, pertandingan karaoke terbuka, pertandingan tarian 1 Malaysia (Poco-Poco), nescafe tarik, demonstrasi masakan daripada selebriti tanah air bersama Chef Selebriti, persembahan artis tanah air, tarian kebudayaan dan muzik tradisional, melukis dan mewarna,pemeriksaan secara percuma, gerai jualan dan banyak lagi.

Acara : Pesta Nasi Lemak 1 Malaysia
Tarikh :4,5 dan 6 Jun 2010
Masa :10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Tapak Pasar Tani Presint 2,Putrajaya

Nota kaki : Datang la yek untuk memeriahkan lagi acara ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply