Berat : 20 uncang X 2 gm (40 gm)
Status : Stock is Available
Harga : WM RM24.00 EM RM27.00
Teh Daun Mulberry atau juga dikenali dengan nama Murtea ini dihasilkan daripada 100% daun Mulberry segar. Ini bagi mempastikan the yang dihasilkan benar-benar berkualiti serta premium.
Khasiat Teh Daun Mulberry
Walaupun produk berasaskan Mulberry baru sahaja menerokai pasaran Malaysia, namun hakikatnya daun Mulberry telah lama terkenal dengan khasiat yang mampu menjadi penawar penyakit. Dengan kandungan klorofil dan kalsium di antara yang tertinggi, ia terbukti dapat membantu meningkatkan produksi susu badan kepada ibu yang menyusukan bayi.
Di samping itu juga, kandungan kafein yang terdapat di dalam Teh Daun Mulberry dianggarkan 200 kali ganda lebih rendah berbanding daun teh yang biasa diminum dengan jumlah kafein hanya sebanyak 0.01%.
Kelebihan minuman Teh Daun Mulberry
Satu penemuan yang menakjubkan yang dilakukan oleh para penyelidik di Institut Kebangsaan Sains Agrobiologi, Jepun telah mendapati daun Mulberry mengandungi kompaun DNJ (Deoxynojirimcin) di mana ia dapat mengurangkan kemasukan kadar gula ke dalam saluran darah. Ia mengandungi GABA (Gamma Amino Butyril Acid) yang penting untuk mengawal (control) yang mengawal keseimbangan kolesterol dalam aliran darah. GABA adalah agen penenang alami dan agen anti-epilepsi untuk otak yang dihasilkan daripada asid amino glutamin dan glukosa. Mereka yang sering mengalami perasaan cemas, gangguan panik, dan depresi bermungkinan tidak menghasilkan tahap GABA yang mencukupi yang diperlukan oleh otak.
Oleh itu secara tidak langsung, Teh Daun Mulberry dikatakan boleh membantu menjadi penawar kepada penyakit kencing manis (diabetis) dan tekanan darah tinggi. Teh Daun Mulberry kaya akan mineral dan vitamin seperti kalsium, kalium (potassium), zat besi (ferrous sulfate), zink, vitamin A, B1, B2, C, 18 asid amino, dan flavonoid atau antioksidan yang mencegah risiko kanser.
Teh Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
- Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
- Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
- Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
- Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
- Membantu dalam kehilangan berat badan
- Mengurangkan keadaan asma yang teruk
- Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
- Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
- Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
- Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
- Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
- Menambahkan tenaga
- Meningkatkan produksi susu badan
- Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
- Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
- Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
Cara penyediaan
Masukkan 1 uncang Teh Daun Mulberry dan tuangkan 200ml air mendidih. Biarkan terendam selama 3-4 minit. Untuk khasiat terbaik nikmatinya tanpa gula. 1 uncang teh boleh digunakan untuk 3~4 mug.
Maklumat pemakanan – nutrisi / Jumlah setiap 100 gm
- Tenaga 387.48
- Karbohidrat 59.33
- Lemak 0.02
- Kalsium 2563.03
Pengedar dialu-alukan!
Penafian – Maklumat ini adalah untuk perkongsian ilmu sahaja dan bermaksud untuk pengetahuan am, artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.
Di petik dari laman : http://little- kiosk.blogspot. com