Jumpa Upin & Ipin Di Zoo Negara Hari ini!

Pasti ramai sudah tidak sabar untuk menyertai hari Kelab Upin & Ipin yang akan dilangsungkan di Zoo Negara pada hari ini. Acara gilang gemilang yang meraikan semua peminat Kelab Upin & Ipin ini akan bermula seawal 9 pagi dan dijangkakan berakhir pada pukul 5 petang.

Mesti bertambah seronok acara ini kerana ianya diadakan di Zoo Negara. Memang amat bersesuai sempena cuti sekolah ini adik-adik semua bolehlah mengajak satu keluarga untuk memeriahkan acara ini.

Pendaftaran untuk menyertai Kelab Upin & Ipin juga turut dibuka pada hari tersebut dengan bayaran serendah RM15. Pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, persembahan maskot dan penampilan eksklusif semua pelakon suara siri Upin & Ipin. Memang rugi kalau tak sertai acara ini.

Hari : Sabtu
Tarikh : 12 Jun 2010
Masa : 9 pg – 5 otg
Tempat : Zoo Negara
Bayaran keahlian : RM15.00 seorang

Sebarang pertanyaan tentang tiket dan hari pelancaran tersebut boleh hubungi kami di talian 03 – 5511 0012.

Jumpa di sana!!!

upin ipin

Di petik dari laman : Geng Movie

Nota kaki : Aku x pergi pun… sekadar menyebarkan risalah ini kat korang….hik3…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply to klcitizen Cancel reply