PENGENALAN
Kempen Beli Barangan merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Untuk tujuan Kempen ini, barangan Malaysia diklasifikasikan sebagai “semua barang yang dibuat, dipasang dan dikeluarkan di Malaysia serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam negara ini”. Konsep ini digunapakai kerana:
- Ekonomi sesebuah negara akan dapat terus dijana dan distabilkan walaupun dalam kegawatan jika terdapat aliran wang dan perbelanjaan domestik dalam sesebuah negara;
- Mewujudkan pertambahan permintaan domestik;
- Memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan; dan
- Memastikan krisis ekonomi global tidak memberi kesan negatif yang mendalam kepada para peniaga dan pengguna.
OBJEKTIF
- Mewujudkan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia
- Menyedarkan para pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia yang tidak kurang kualiti berbanding barangan luar negara.
RASIONAL
- Kualiti barangan Malaysia adalah setanding dengan barangan luar negara;
- Dengan membeli barangan buatan Malaysia, pengguna bertindak bijak kerana:
- Membeli barangan berkualiti dengan harga murah dan ini secara langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan; dan
- Membantu merangsang kegiatan ekonomi domestik.
TAG LINE
i. Versi Bahasa Melayu : “Produk Malaysia, Kebanggaan Kita“
ii. Versi Bahasa Inggeris : “Malaysian Products, Our Pride“
KALENDAR TENTATIF EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2010*
BIL | TEMPAT | TARIKH EKSPO |
1. |
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR |
16-20 JUN (RABU – AHAD) |
2. |
KUANTAN PARADE, PAHANG |
22 – 25 JULAI (KHAMIS – AHAD) |
3. |
MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC) |
5 – 8 OGOS / 8 – 11 OKTOBER (KHAMIS – AHAD) |
4. |
PENANG INTERNATIONAL SPORTS AREA (PISA) |
11 – 14 NOVEMBER (KHAMIS – AHAD) |
5. |
PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU |
25-26 APRIL |
6. |
SURIA SABAH |
25 – 28 NOVEMBER (KHAMIS – AHAD) |
7. |
BINTANG MALL, MIRI, SARAWAK |
9 – 12 DISEMBER (KHAMIS – AHAD) |
* TBC – To Be Confirmed
* Semua tarikh dan lokasi tertakluk kepada pindaan
salam,
sapa lagi nak sokong kalau bukan rakyat Malaysia sendiri…
Yang kat Penang tue, boleh la pegi… dah dekat sangat
.-= maslinamansor´s last blog ..Menantu lelaki lebih senang daripada menantu perempuan… =-.
@maslinamansor,
ha..meh..meh..kita meramaikan lagi dgn pergi membeli barangan malaysia…
Sumi g kat PWTC jer..dkt bawah opis jer..hik3
Oo..duk penang yek.. hik3..lama x mai penang..
@sumijelly,
keja kat pwtc rupanya…
mas keja kat Agensi Remote Sensing Malaysia.
Mas tinggal kat KL tapi sorang2… Family kat penang sbb tue kata pegi yang penang punya… 🙂
.-= maslinamansor´s last blog ..Menantu lelaki lebih senang daripada menantu perempuan… =-.
@maslinamansor,
oh… kat KL sensorang yek..hati2 tau…
jaga diri… sbb keluarga jauh.. ada sesiapa x kat KL..??
thanks for the info. belilah barangan buatan malaysia..
@sharinginfoz,
sama2.. sumi bab2 pameran nie suker benor..sbb sambil membeli leh mencuci mata.hak3
Betul2. Bila dah tembus ke luar nnt, kita semua akan kaya mcm US. serius.
Orang US buat video anak dia kentut 50 saat pun dapat duit jual kat american funny home video jual kat semua negara termasuk tv3 dgn harga mahal.
.-= Khairi´s last blog ..Orang tanya, saya jawab. Cara-cara nak pasang tabs, static page dan post list ikut label. =-.
@Khairi,
ye ker?? video kentut pun ada org nak beli ker??huhuhu
harap2 produk Malaysia setanding ngan produk luar la..supaya org tempatan x berpaling tadah..muahahaha
kot ye pun edjas la font + paragraph tu..nmpk sgt copy n paste..hahaha
.-= Cik Norfa´s last blog ..Isu Kahwin =-.
@Cik Norfa,
hahaha…..dh try adjust la tu..tp x berjaya la….huk3…..