Perang kasih antara Fasha Sandha, Jejai dan Tiz Zaqyah???

Petikan dari M-Star – Fizz Fairus Beri Amaran Kepada Fasha

BERANG tidak mahu dikaitkan dengan agenda peribadi Fasha Sanda, pelakon lelaki drama Nur Kasih, Fizz Fairus memberi amaran kepada pelakon wanita itu supaya tidak mengaitkannya dengan sebarang cerita yang bukan-bukan melibatkan Tiz Zaqyah.

“Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massengeruntuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain.

“Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu,” katanya yang ditemui pada Majlis Doa Selamat Filem Nur Kasih di sini.

Fizz (gambar) masih membawakan watak yang sama untuk filem Nur Kasih.

Dia berkata demikian ketika ditanya tentang namanya yang dikaitkan dalam kenyataan kontroversi Fasha baru-baru ini yang kononnya dia dikatakan turut diganggu oleh Tizz sehingga menimbulkan kemarahan kekasihnya Almy Nadia.

Barisan artis yang bakal menjayakan filem Nur Kasih.

Fizz yang menafikannya menganggap perkara tersebut sebagai publisiti murahan kepada filem Nur Kasih.

“Kami dah macam adik-beradik tiada istilah maksud kacau, mungkin ada dia telefon saya tapi atas hal lain dan bukan sebab untuk mengoda saya.

“Saya tidak faham apa motif untuk dia bagi kenyataan begitu. Kami tak mahu ambil tahu perkara tersebut dan menganggapnya sebagai publisiti murahan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Fizz memberitahu dia tidak mahu perkara ini terus mengaitkan namanya sehingga disalah anggap oleh masyarakat.

“Saya tak mahu perkara ini dibesar-besarkan dan kaitkan nama saya. Saya tidak mahu masyarakat salah anggap tentang saya dan Tizz,” tegasnya.

Penggambaran filem berkenaan bermula 20 Jun lalu akan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Jordan dan Kuala Selangor dan dijangka ditayangkan pada akhir tahun hadapan.

Dalam masa yang sama, dia juga terbabit dengan sebuah telemovie bersama Rosyam Nor berjudul Bicara Dari Tuhan yang dijadualkan ditayangkan pada Aidilfitri tahun ini.

—————————————————————————————————————————————————————————–

Petikan dari Harian Metro-‘Tiz ajak saya keluar’

pix_middle

KUALA LUMPUR: “Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.

“Saya berpendapat tidak wajar selain menghormati perhubungan dengan Fasha,” kata Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai berhubung kenyataan Tiz yang menafikan dakwaan pernah menghubunginya sebelum ini.

Pelakon drama bersiri popular Nur Kasih itu sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu menerusi beberapa laporan akhbar selepas dikecam sebagai perampas kekasih orang.

Malah, Tiz sekali lagi menafikan perkara itu dalam laporan muka depan Harian Metro, semalam.

Kronologi ‘perang dingin’ itu bermula apabila aktres terkenal yang juga kekasih Jejai iaitu Fasha Sandha menulis dalam laman twitter iaitu @FashaSandha1, kononnya ada seorang pelakon cuba merampas kekasihnya dengan menghubunginya pada awal pagi.

Meskipun tiada nama dipetik, berdasarkan gambaran yang diberi serta lenggok bahasa digunakan Fasha, bintang Berlari Ke Langit dan Cicakman itu seakan merujuk kepada Tiz Zaqyah.

Jejai yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu kerana tidak mahu isu seperti itu menjadi lebih besar sehingga mendatangkan masalah kepada mana-mana pihak.

“Jujurnya, saya hanya mengenali Tiz sebagai seorang rakan kerja Fasha yang pernah keluar bersama sebelum ini. Malah, Fasha sendiri yang mengenalkan dia kepada saya.

“Justeru, mustahil untuk saya keluar berdua dengannya atau menerima pelawaan ketika dia hubungi saya itu terutamanya tanpa Fasha sekali.

“Saya harap tiada lagi sebarang kenyataan yang tidak benar diberikan oleh mana-mana pihak mengenai isu ini,” katanya.

Tiz yang juga dramatis berusia 21 tahun dalam kenyataannya semalam, menyebut kononnya dakwaan dilemparkan Fasha itu mengarut dan tidak benar.

Sementara itu, Fasha ketika dihubungi terkejut dengan artikel itu selain menyifatkannya tidak patut dikeluarkan.

“Saya tidak mahu lagi mengulas perkara ini. Malah, pada kenyataan sebelum ini, saya sudah menyatakan perkara ini perlu dihentikan untuk kebaikan semua pihak.

“Bagaimanapun, saya amat terkejut dengan kenyataan Tiz dalam laporan muka hadapan Harian Metro yang kononnya saya mengarut. Saya harap Tiz akan lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan,” katanya.

Nota kaki : Adess…memacam la skrg… kerana JEJAI… artis bergaduh…muahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 comments

  1. hai says:

    muka cam tupai ni gak nak kecoh.mamat ni hanya sesuai untun si fasha tu je.hissh.tiz cri lain la.crila yg bermutu sket.jantan macam ni ari ni dia kata syg sok2 dia main tinggal je.si fasha sok kena tinggal baru dia tak tau mana nak sorok muke.tp kalo dorang kawin mmg bgus pon.spdan gler.hahahhaha

    • sumijelly says:

      @hai,
      huhuhu…tu la..ramai gak yg menci yek ngan Fasha Sandha nie…
      dia mcm artis yg suka kan publisiti murahan yek… ingt lagi kisah dia yg di gembar gemburkan konon nya nak menikah..
      sampai la nie.. x der apa2 berita pun… mcm mana tu??

    • sumijelly says:

      @narissa,
      agak nya la tu…Fasha kan suka buat gempak.
      Yg tu hari Jejai dtg naik helipkopter pun nak gebang satu malaysia..konon jejai dtg lawat dia…uweeeeekkkkk……rasa nak muntah baca statement dia…….muahahaha

  2. bellz says:

    walaumacamnapon..aku tetap xsuka itu pompuan yg bernama fasha sandha…da la perampas laki org dlu…patutla kner kat batang hidong sendiri..org len lak nk rampas jejai dari fasha..
    hahahaa aku sokong…tiz,wat tak tau jer..fasha giler publisiti..ala,si jejai tu pon bkn ensem ,mcm mamat indon jer… 🙂

    • sumijelly says:

      @bellz,
      hehehe…pendapat org sumer berbeza…
      maka…x leh la samakan dgn pendapat yg lain jugak..
      apa2 pun semoga mereka berbahagia..
      terima kasih kerana sudi menyingah ke blog sumi..

  3. sang mnyampah says:

    fasha kau ni xsedar diri..mnyanpah aku..
    kau ingat kekasih kau tu baik sgt??kalau dia baik xdela smpai cerai istri yg sdg mngandung tuh..
    seswai la tu..kau ngan jejai..
    erghhh..
    tiz, bsabar…

  4. ella says:

    aku rasa lah,kenyataan SI SENDAT yang last tu patut di betulkan.woi SENDAT,kau yang patut hati2 beb.keluarkan fitnah dekat TWITTER tu kau tak fikir.jangan tutup periuk nasi org!aku tau kau suruh jejai wat statement macam tu sebab ramai dah tak percaya dekat ULAR SAWA LIDAH BERCABANG macam kau kan?dah2,kau buat keje kau.jangan TUTUP PERIUK NASI ORANG LAIN.kau nak dosa ke phahala ke,kau punya pasal!

  5. hai says:

    korang nengok tak melodi semlam.si nora danish kata fs tu dlu pon ada cal laki dia kol 3 pg.hahhahhaha.warning org pandai.hak org tak respek pon.dah kenala tu.nasihat utk fs.bawak2 lah beringat.jngn ske tuding kat org je.cuba la pk n renung2 kalo ada salah kat org len.

    • sumijelly says:

      @hai,
      yer..ada tgk… nak tgk melodi tu hari pun sbb nak tahu statemant pasal FS ngan JEJAI jer..hahaha….
      hehehe..nasib badaln a FS… hidup x semestinya indah..hu3

  6. kelly says:

    kesian kat nora. dulu kena cerai ms mengandung. tengok la apa nasib fasha nanti. ntah2 kena cerai time mengawan 😆

  7. pipimulus says:

    aku tengok muka si fasha sora itik,mulut serabai ni pun tau apa jenis betina dia ni.dah lah hitam kat luar,dalam pun hitam jugak.benci sgt2 kat org yg menghancurkan mahligai org lain

  8. jejai says:

    hey sumiii..ko nape mencik ngan fasha?ko takut suami ko kena kacau oleh dia ke??dun wory la beb setakat muko suami hang yang bola bowling tu jgn harap la..takda sapa pon nak minat…hang jer minat..dah la mata besaooo..mcm nak tekeluar..tu la asyik dok kutuk orang jer..penyibuk!!!

  9. PUANMUDA says:

    salam sumi… kalau sumi nak tau inilah cerita akhir zaman umat islam yg rasulullah war warkan didlm AL-QURAN, hilang perasaan malu, saling membenci, fitnah berleluasa dan maksiat dah jadi mcm perkara biasa. sepatutnya jejai dan fasha nikah la cepat2, utk mengatasi pelbagai tohmahan org. Ingat zaman sekarang ALLAH balas on the spot kat kite kalo buat naya kat org… sekarang lihatlah hasilnya…!!!

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply