12 peserta Keynote mula beradu

KEYNOTE, sebuah rancangan yang bertujuan mencungkil bakat baru dalam penciptaan lagu merupakan cetusan idea komposer prolifik, Mohd. Faizal Maas atau Ajai.


BERENTAP… 12 peserta Keynote akan mula berentap di pentas Konsert Keynote bermula 29 Jun ini.

Bermula 15 Jun lalu, melalui saluran Ria (saluran 104, Astro) pukul 10 malam, Zon Keynote memulakan siarannya yang menyiarkan suasana ketika uji bakat dan juga aktiviti 12 peserta di rumah studio mereka.

Baru-baru ini, bertempat di rumah studio Keynote, Damansara Heights, Kuala Lumpur buat pertama kalinya kesemua 12 peserta diperkenalkan kepada media.

Antara 12 peserta yang dipilih, tiga wanita merupakan antara komposer muda berbakat yang turut tersenarai.

Mereka ialah Nur Affina Yanti Jamalludin, 28, atau Fynn dari Kota Tinggi, Johor; Rina Salwani Sulong, 27, (Rina – Labuan, Sabah) serta Nur Syazwana Ahmad Razman, 21, (Shana – Labuan, Sabah).

Selain ketiga-tiga wanita itu, sembilan lagi peserta ialah Robson Andreas @ Syahirul Aqasha, 22, atau Aqasen dari Tambunan, Sabah; Mohd. Farhan Izharruddin, 26, (Faan – Kuantan, Pahang); Mohd. Khairul Abd Khalid, 25, (Hairul – Kuala Lumpur) dan Khairul Nizam Nazri, 25 (Keroz – Kuantan, Pahang).

Turut layak, Khoo Wei Yong, 20 (Khoo – Tambunan, Sabah); Raja Nazrin Shah Raja Azaham, 20, (Nazrin – Taiping, Perak); Neroshen A/L Thanaseharan, 20, (Nero – Kuala Lumpur); Nur Mohd. Alief Ayub, 22, (Nomad – Kuala Terengganu, Terengganu) dan Khairul Syukri Mohd. Ridzuan, 22, (Syukri – Kuala Lumpur).

Menurut Ajai yang bertindak selaku Dekan Keynote, kesemua peserta yang dipilih memenuhi kriteria.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, saya mahukan seorang komposer yang dalam menulis lagu dan berpengetahuan luas dalam muzik.

“Sepanjang uji bakat dijalankan, ramai anak-anak muda yang menonjolkan keunikan masing-masing. Jadi, Keynote hanya memerlukan 12 orang yang benar-benar layak.

“Inilah individu yang benar-benar layak mengisi kuota 12 orang itu,” jelas Ajai yang secara tidak langsung akan bertindak selaku produser terhadap lagu-lagu yang dicipta oleh anak-anak buahnya kelak.

Baca sambungan lagi……….

Nota kaki : ada gak aku tgk citer nie… suara derang sedap2 gak… pandai meng’compose’ lagu..suara pun sedap…heheheh kalah peserta AF tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply