Pameran Lukisan ‘Kata Luhur’ Karya Y.Bhg Datuk (Dr.) A. Samad Said

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Pelita Hati Sdn Bhd sedang menganjurkan Pameran Lukisan ‘Kata Luhur’ karya Sasterawan Negara, Y.Bhg. Datuk (Dr.) A. Samad Said berdasarkan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 19 Jun – 31 Julai 2010
Tempat : Lobi Muzium Sejarah dan Ethnografi, Banda Hilir
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Bayaran masuk : Dewasa – RM 5.00,  Kanak – kanak – RM 2.00

kata luhur

‘Kata Luhur’ merupakan pameran solo ketiga A.Samad Said yang memaparkan kira – kira 64 buah lukisan (sebahagian lain telah terjual) daripada 11 siri karya terbaru beliau. Himpunan lukisan ini adalah terjemahan pengalaman A.Samad Said dalam memperjuangkan dunia kesusasteraan.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi :

Nama Pegawai : Puan Nor Erniewati Nordin dari Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
No telefon : 06 – 2826526 / 06-2811289.

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply