Fasha oh Fasha! Jejai oh Jejai!

Rasanya Kisah Fasha Sandha ni x habis2 kan org perkatakan… tgk la berita hari ini, di utusan, harian metro, beerita harian sume rkuar cerita dia..Radio pun mendapat tempias dr kisah cinta dia

meh kita tgk rentetan kisah CINTA Fasha Sandha. Ini pun dr sumber INTERNET tau…

Cerita 1

jejai dan nora

Saya mengenali jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan jejai ketika dia masih suami nora Danish…..

Saya dan jejai menjadi rapat sejak januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa utk saya pada ketika itu. ….

Memang betul, jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 january awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan nora. Tetapi itu semua kisah lama,kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan jejai diatas macam2 sebab

Cerita 2

fasha

Bagaimanapun, katanya kehadiran Rizal di set penggambaran tidak disangka dan melangkaui imaginasinya.
“Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya hari ini (semalam). Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur.

Fasha enggan mengulas lanjut mengenai persoalan kejutan yang dilakukan itu, sebaliknya hanya menyifatkan Rizal yang berusia 34 tahun sebagai teman yang sentiasa menyokong kerja seninya selain menjadi pendengar setia.

Apa yang boleh saya simpulkan hubungan kami masih di fasa mengenali antara satu sama lain. Terlalu awal untuk saya berbicara soal jodoh kerana 2010 adalah zaman kebangkitan saya. Jadi, mustahil untuk saya memusnahkan misi itu hanya kerana isu seperti ini,” katanya.

Cerita 3

fasha

Ratu kontroversi, Fasha Sandha sering menafikan kepada media bahawa beliau selalu berjumpa dengan Rizal, bekas suami Nora Danish. Nape ek Fasha? Program popular TV3, Melodi pernah mengantoikan pasangan ini di Lapangan Terbang KLIA sewaktu Fasha baru balik dari penggambaran di Thailand. Memang dah terang-terang Rizal keluar dari airport tu kemudian disusuli dengan Fasha tetapi dia tetap menafikan hal itu.Terlalu banyak gambar-gambar yang sedang tersebar di internet ketika ini yang membuktikan Fasha Sandha memang selalu bertemu dengan Rizal. Khabarnya gambar diambil ketika party rakan mereka di sebuah tempat ternama di ibu kota. Betul ke? So Fasha, apa lagi nak komen? Lagi mau sorok ka?? Poodah!!

Cerita 4

fasha

Tapi korang tengok sendiri lagi2 si Fasha Sandha dengan Rizal, bekas suami Nora Danish. Kata nak kawin dgn Qabil ambak tapi tak abes2 dok berkepit dengan si Rizal nie. Tempoh hari gambar Fasha Sandha dengan Rizal dekat Endurance Race. Tapi korang tengok sendiri dan nilai sendiri memang kami compum si Fasha Sandha dengan Rizal, mesti ada udang disebalik salad ni.. hu hu

Cerita 5

fasha sandha

Tanpa berselindung, pelakon yang sering dipalit kontroversi, Fasha Sandha, mengesahkan hatinya kini dimiliki dan dia bakal menamatkan zaman bujang selewat-lewatnya tahun depan.

“Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan,” kata Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, sambil menunjukkan ‘cincin tanda’ berbentuk hati yang tersarung di jari manis tangan kirinya.

Bagaimanapun, di sebalik pengakuan itu masih timbul persoalan siapakah lelaki yang bakal bergelar suaminya kerana setakat ini belum sedia dikongsi Fasha untuk pengetahuan umum.

“Itu belum boleh saya bagi tahu sekarang. Cukuplah jika saya katakan orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya.

“Yang pasti, dia bukan suami orang, jauh lagi duda. Mungkin ada pihak mengandaikan saya dengan ‘orang itu’, tetapi bukan dia sebenarnya. Jangan salah sangka,” kata pelakon berusia 25 tahun itu sambil ketawa kecil.

Oh…begitu banyak sungguh cerita FASHA SANDHA kan?? hehehe… kalu aku letak bebanyak kang pening pala korang nak baca..

Korang cari la sendiri.. kebanyakkan aku dapat sumber dr INTERNET yek.. pak cik Google yg tolong… ada dari Oh! Bulan, Oh!Artis, Beautifulnara dan segala gossip artis la…

Itu la guna nya ada internet… taip jer FASHA SANDHA…sumer cerita kuar… pas nie apa pulak gossip terbaru setelah CINTA NYA dgn JEJAI  DI SAHKAN..hehehee

Nota kaki : Ah sudah… aku pulak dh jadi pengossip ATRIS la..gara2 Fasha Sendat nie….muahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply