Tahniah Juara Mentor 4!

mentor

Tahniah la kepada Mohd dan Ziana kerana menjuarai MENTOR musim ke 4 ini.

Protege Ziana juara Mentor 4

Dari kiri, Dayang Nurfaizah bersama protege Adi Hamiz Johar (kedua), Ziana Zain, Mohd. Izwan Mohd. Nor (juara) dan Azmeer, Nurhadzwani Salleh (ketiga) pada Konsert Akhir Mentor 4 di Dewan MBSA, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 4 Julai – Seperti yang dijangka, populariti Ziana Zain berjaya mengangkat protegenya, Mohd. Izwan Mohd. Nor, 22, bergelar juara Mentor musim keempat malam ini.

Program realiti terbitan TV3 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam ini menyaksikan Mohd. Izwan atau popular dipanggil Mohd., membawa pulang wang tunai RM100,000, kontrak artis rakaman Monkey Bone Records berserta trofi.

Mendapat 71 markah keseluruhan, Mohd. berjaya mengetepikan Adi dan Nani yang terpaksa akur dengan keputusan yang meletakkan masing-masing sebagai naib johan dan di tempat ketiga.

Baca selanjitnya di Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to maslinamansor Cancel reply