Bogel satu pencabulan – Rais Yatim

Bogel satu pencabulan – Rais Yatim

KUALA LUMPUR 8 Julai – Penerbit filem yang memasukkan adegan bogel di dalam karya mereka sengaja mengundang polemik kerana ia jelas sesuatu yang haram di sisi Islam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu-isu berkenaan dan tidak membenarkan sama sekali ia dilakukan.

arja lee bogel ker??

“Sudah jelas dalam Islam ia tidak dibolehkan dan kalau penerbit Islam ingin mengadakan adegan bogel maka tentu sekali ia satu pencabulan yang jelas. Seharusnya pelakon tidak bersetuju (melakonkan adegan bogel) dan penerbit filem juga sepatutnya tidak bersetuju.

“Perkara yang sudah (jelas) tidak dibenarkan, dibuat juga. Itu pencabulan namanya,” katanya selepas sidang akhbar sambutan Hari Kemerdekaan dan Perayaan Hari Malaysia di sini hari ini.

Rais berkata, penerbit filem tempatan seharusnya tidak terikut-ikut dengan budaya songsang Barat khususnya ala Hollywood.

Menurutnya, tidak perlu menonjolkan adegan-adegan bogel untuk mencari sensasi dan publisiti murah kerana ia tidak sesuai dengan cara hidup masyarakat negara ini.

“Saya nasihatkan ini tidak harus menjadi isu dalam dunia perfileman kita. Keindahan (tubuh) seseorang boleh digambarkan dalam pelbagai cara dan tidak semestinya menerusi adegan di tempat tidur dan lain-lain,” katanya.

Baru-baru ini pelakon baru, Arja Lee, 25, mengundang kontroversi apabila membuat pengakuan bahawa dia berbogel ketika melakonkan adegan mandi untuk filem … Dalam Botol terbitan Syarikat Penerbitan JAS.

Diminta mengulas sama ada filem terbitan Raja Azmi Raja Sulaiman itu akan digam, beliau berkata, terserah kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) untuk membuat keputusan.

Nota kaki : Sekali Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersuara daa… so.. apa kah keputusan nya?? kita nanti kan ia… jeng..jeng..jeng….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

    • sumijelly says:

      @unwanted,
      tu la pasal..kenapa yek artis leh jawab mcm tu??
      sdgkan dh terang2 benda itu tidak ELOK….
      pengarah pun sama..dh tahu BANTAH jerla..leh lak ikut kata pelakon..gila apa..ishk2

  1. joeislam says:

    “Menurutnya, tidak perlu menonjolkan adegan-adegan bogel untuk mencari sensasi dan publisiti murah kerana ia tidak sesuai dengan cara hidup masyarakat negara ini.”

    Yeah.. he says that, and then gets hammered for raping the maid!

    A bunch of hypocrites!

    The only one here who is being true to themselves are the actors!!

Leave a Reply to joeislam Cancel reply