Cimpanzi ramal Belanda juara

Cimpanzi ramal Belanda juara

TALLINN – Belanda akan menewaskan Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia, ramal seekor cimpanzi bernama Pino di sebuah zoo dekat Estonia.

cimpanzi

Bagaimanapun, menurut akhbar tabloid Ohtuleht kelmarin, ramalan itu seperti berat sebelah kerana Pino dilahirkan dekat Amsterdam.

Pino berada di Tallinn sejak dipindahkan dari Amsterdam zoo pada 1994, telah diberikan dua beg kertas mengandungi makanan yang setiap satu mempunyai warna bendera Belanda dan Sepanyol.

Haiwan itu berminat memilih beg yang mempunyai warna bendera Belanda.

Pihak zoo kemudiannya melakukan satu lagi ujian kepada seekor babi hutan Afrika yang dilihat teragak-agak untuk membuat pilihan dan mengambil masa 15 minit sebelum memasukkan kepalanya dalam beg yang mempunyai warna bendera Belanda.

Di Darwin, seekor buaya seberat 700 kilogram bersependapat dengan pilihan Paul, sotong psikik yang kini menjadi perhatian dunia apabila memilih Sepanyol untuk menjuarai Piala Dunia 2010.

Buaya itu membuat pilihannya kurang dari seminit untuk merentap ayam yang dilekatkan bendera Sepanyol berbanding Belanda. – Agensi

Nota kaki : dah makin banyak binatang lak jadi tok nujum yek?? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply