Hanya Ariel belum mengaku

PENGAKUAN berani dan permohonan maaf secara terbuka artis Indonesia, Cut Tari dan Luna Maya yang dikaitkan dengan video seks bersama vokalis Peterpan, Nazril Irham atau Ariel terus mengundang persoalan banyak pihak.

cut tari

Bagaimana, nasib Cut Tari selepas ini, apakah bakal bergelar janda apabila diceraikan suaminya, Johannes Joesoef Subrata atas perbuatannya itu masih menjadi tanda tanya. Malah, Cut Tari kini takut untuk muncul di khalayak ramai walaupun untuk membeli-belah kerana bimbang menjadi sasaran cemuhan. Tari dan suami serta keluarganya memilih untuk mengurung diri dalam rumah. Kesihatan ibu Tari juga dikatakan terjejas teruk akibat skandal video berkenaan. Cut Tari membuat pengakuan maaf secara terbuka pada 8 Julai lalu manakala Luna Maya yang juga kekasih Ariel, melakukan perkara sama pada hari yang sama. Dengan pengakuan itu, status Cut Tari dan Luna Maya kini menjadi suspek bersama Ariel Model dan selebriti popular itu dilihat menangis teresak-esak mungkin kerana menyesali perbuatannya ketika mengaku secara terbuka itu, dikatakan boleh terlepas dari sebarang hukuman jika membuat pengakuan tidak rela aksi seksnya bersama Ariel dirakam. Melalui pengakuan itu, dia boleh dianggap menjadi mangsa rakaman curi.

Apapun, kesan daripada penyebaran rakaman video itu cukup besar kepada mereka berdua. Mereka kini tidak boleh bergerak bebas seperti dahulu. Luna dan Cut Tari diwajibkan melaporkan diri pada waktu ditentukan pihak polis. Menurut wakil polis, Marwoto Soeto, mereka harus memaklumkan atau meminta kebenaran daripada pihak penyiasat untuk keluar dari kota apalagi ke luar negara. Mengenai jadual pemeriksaan pula, Marwoto berkata kedua-dua artis berkenaan akan tetap dipanggil sekali lagi untuk menjalani pemeriksaan. Sehingga awal pagi semalam, Ariel yang menjadi suspek utama masih belum membuat pengakuan kepada pihak berkuasa berbanding Luna dan Tari.

luna maya

Kes video seks yang mengheret Ariel ke penjara sebagai tahanan itu sudah berlarutan hampir sebulan. Namun belum ada pengakuan daripada Ariel berhubung kes video seks itu. Perkara itu dimaklumkan Marwoto. Katanya, dia menyatakan jika Ariel mengaku berhubung kes video seks, dia akan mempermudahkan penyiasatan berkenaan. “Perbicaraan akan lebih lancar jika dia membuat pengakuan. Memang kami berharap Ariel berani membuat pengakuan supaya tidak bercanggah daripada kenyataan sebelum ini. “Adakah dia menyesal dengan tersebarnya video seks berkenaan masih menjadi persoalan. Memang sebelum ini dia tidak menafikan pembabitan menerusi video seks itu. Malah, memaklumkan pemuda yang terbabit dalam video itu secara kebetulan mirip wajahnya,” katanya.

Menurut rekod, Ariel menyerah diri kepada polis pada 22 Jun lalu bagi membantu siasatan berhubung kes video seks berkenaan. Ariel menjadi perhatian utama peminat selepas skandal Peterporn terdedah apabila rakaman aksi intim turut tersebar di Internet. Jika disabit kesalahan, Ariel boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun dan denda maksimum Rp6 bilion (RM2.1 juta).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply