15,000 mohon lesen Bazar Ramadan

15,000 mohon lesen Bazar Ramadan

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
pengarang@utusan.com.my

BEBERAPA orang peniaga kecil yang berjaya ditemuduga dalam cabutan undi bagi memohon lesen sementara di tapak Bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Julai – Lebih 15,000 peniaga kecil di sekitar Lembah Klang hari ini membanjiri Stadium Titiwangsa untuk memohon lesen sementara Bazar Ramadan di kawasan Lorong Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimanapun hanya memperuntukkan 400 tapak di lokasi yang menjadi tumpuan warga kota setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Proses pengundian untuk memiliki tapak bazar Ramadan dibuat secara terbuka dan telus serta melibatkan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Permohonan bagi mendapatkan tapak Bazar Ramadan di lokasi berkenaan sering kali mendapat permintaan yang tinggi daripada peniaga kecil setiap tahun.

”Namun tempat yang boleh disediakan DBKL adalah terhad,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Baca selanjutnya di sini………

Nota kaki : Wah..bahang RAMADHAN hampir tiba la.. selamat datang RAMADHAN yang di rindui...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply to cik zatil Cancel reply