Pramugari Air France ditangkap kerana rompak penumpang

Pramugari Air France ditangkap kerana rompak penumpang

21/07/2010 3:07am

air france

PARIS 21 Julai – Polis Perancis telah menahan seorang pramugari Air France kerana disyaki merompak wang tunai beribu-ribu euro, kad kredit dan barang kemas penumpang yang sedang tidur ketika dalam penerbangan panjang, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak polis yang menjalankan siasatan sejak beberapa bulan lalu berhubung kecurian di dalam penerbangan antara Perancis dan Timur Tengah telah menahan Lucie R., 47, ketika dia baru sahaja mendarat dari Tokyo Jumaat lalu, kata akhbar Le Figaro.

“Akaun banknya jelas menunjukkan angka yang amat berbeza dengan gaya hidup dan perakuan pendapatannya,” kata akhbar tersebut yang memetik kenyataan seorang polis penyiasat.

Polis memulakan siasatan sejak Januari lalu selepas wang kira-kira 4,000 euro (RM16,500) telah dicuri dari lima penumpang.

Perompak itu mengambil kesempatan ketika penumpang sedang tidur dan dia merompak mata wang euro, yen serta Swiss francs di samping jam tangan, barang kemas, kad kredit serta buku cek. – Reuters

Nota kaki : Perghh…ingt naik bas jer x selamat..naik kapal terbang pun x selamat gak..huhuhu.. jgn la Air Asia ngan MAS mcm tu.. rosak nama Malaysia nanti…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

  1. eyriqazz says:

    eh,bukan pramugari tu dah lepas lari masuk Malaysia?Setahu eyriq,aritu ada terbaca,pramugaritu dah cuba tukar profession jadi tukang masak.Aritu wife ada tunjuk gambar dia masak Chicken Chop,wah hebat juga pramugari tu…hik3..
    .-= eyriqazz´s last blog ..Ini Adalah Entry Hangit =-.

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply