Jejak Warisan/Heritage Trails Ipoh (Pekan Lama)

flyer

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan/ Cik,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kinta Heritage Group dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak sedang menganjurkan satu program iaitu Jejak Warisan Ipoh (Pekan Lama) sepertimana butiran berikut:

Tarikh : Setiap Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bermula dari pintu utama Stesen Keretapi Ipoh
Bayaran : Percuma dan semua adalah dijemput

Untuk makluman, peserta jejak warisan akan berpeluang menikmati keindahan bangunan-bangunan warisan di Bandaraya Ipoh dan mengetahui bagaimana Ipoh menjadi Bandar Jutawan hasil perlombongan bijih timah pada masa dahulu.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua warga Malaysia mewar-warkan program berkenaan dan bersama-sama menyertai dan memeriahkan program ini. Sesiapa yang berminat menyertai program ini bolehlah menghubungi Encik Rajasegaran di talian 012-5242357.

Sekian, untuk makluman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply