SERONOK rasanya apabila majlis kenduri atau apa-apa sambutan yang kita anjurkan dihadiri ramai rakan. Begitulah yang diberitahu satu sumber kepada SS mengenai majlis artis lelaki yang hebat ini. Difahamkan, artis itu menganjurkan sambutan ulang tahun kelahirannya di sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.
Disebabkan namanya gah dan popular, hampir 50 tetamu yang kebanyakannya artis popular hadir termasuk seorang kawan rapatnya. Biasalah kalau dah buat di hotel, faham-fahamlah konsepnya bagaimana. Lainlah kalau buat cara keagamaan di rumah dan adakan bacaan tahlil dan Yasin, belum tentu artis ini akan datang.
Seperti biasa sajian yang menjadi pembuka acara ialah air kencing syaitan yang dimulakan artis ini sendiri. Konon hebat sangatlah walaupun tak padan dengan latar belakangnya datang dari kampung. Kawan-kawan lain apalagi ikutlah sama mabuk kerana nanti dituduh tak menghormati tuan rumah pula.
Tapi sumber ini kata, dia ‘respek’ dengan isteri artis itu kerana tak nampak pula dia minum. Kalau ikut wajahnya, siapa sangka tidak minum berbeza dengan artis yang kononnya perasan mereka Mat Salih celup, ini rupanya tak puas minum arak yang berjenama murah.
Mereka minta pada pelayan supaya buka botol berjenama mahal dan lebih ‘kick’ rasanya. Nak minta kebenaran artis ini, dia pun nampak macam sudah tak siuman. Jadi nak tak nak, pelayan bertanya pada isterinya dan dia bagi lampu hijau tanda setuju. Mungkin Mat Salih celup ini berangan kalau minum arak mahal boleh nampak bulan dan bintang. SS hanya agak-agak saja.
Sudah puas mereka berjoget lambak dan terkinja-kinja menari kerana mabuk, sampailah giliran untuk bayar bil. Sudahlah majlis itu sudah dikira murah kerana pengurusan hotel bagi diskaun, apabila disuruh bayar bil arak tadi, isteri artis itu enggan kerana dakwa bukan dia yang pesan. Disebabkan tiada keputusan dicapai, pengurusan hotel terpaksa ‘halalkan’ saja bil arak itu.
Nota kaki : Aiyo…yo…. siapakah artis dan isterinya itu?? noleh pulak bagi lampu ijau tuk suami minum ‘arak’. Apa kejadahnya tu wei?? huhuhu