Pilih tarikh 10 Oktober

KUALA LUMPUR: “Sudah lama saya menunggu saat ini dan akhirnya hasrat itu akan tercapai tidak lama lagi selepas anak saya bersama pasangannya memilih Oktober ini sebagai hari bersejarah mereka,” kata Datin Zuraida Datuk Sheikh Ahmad, 65, ibu kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Datuk Sheikh Mustapha, 38.

UMUM...Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

UMUM…Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

Menurut Zuraida, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila anak ketiganya akan menamatkan zaman bujangnya selepas sekian lama menunggu.

“Setiap kali saya menimbulkan pertanyaan mengenai perkahwinan, dia sering mengelak sambil menyatakan masanya akan tiba suatu hari nanti.

“Akhirnya, masa yang ditunggu tiba juga dan saya berdoa semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar selain berdoa kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupannya kelak,” katanya ketika ditemui selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan anaknya di Hotel JW Marriot di sini, semalam.

Dalam sidang media itu, Dr Sheikh Muszaphar bersama pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos, 30, menjemput rakyat Malaysia menghadiri majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada 10 Oktober ini dengan tarikh berkenaan dipilih sempena ulang tahun ketiga detik Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Bertemakan ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’, pasangan berkenaan dijangka melangsungkan pernikahan mereka pada sebelah pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada orang ramai sebelum majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malamnya di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Malah, pasangan itu turut akan meluangkan masa antara satu hingga dua jam untuk sesi bergambar bersama peminat dengan sebuah mini pelamin akan disediakan di luar masjid. Seramai 1,000 tetamu dijangka menghadiri majlis resepsi mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply