Kahwin awal?? Apa pendapat korang??

MAIM benar pelajar berkahwin

Oleh AMRAN MULUP
melaka@utusan.com.my

kahwin

Kredit gambar ke : ntvirus.files.wordpress.com

MELAKA 3 Ogos – Selepas mencadangkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung, kerajaan negeri ‘menggalakkan’ pula ibu bapa memberi kebenaran kepada anak- anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu diambil dan telah dipersetujui oleh semua pihak pada persidangan menangani gejala sosial yang diadakan baru-baru ini.

“Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina.

“Bagi saya mengubat adalah lebih susah berbanding mencegah. Cara ini saya anggap lebih praktikal, jika tidak gejala buang bayi dan mengandung anak luar nikah tidak akan dapat dibendung,” ujarnya.

Beliau menegaskan, perkahwinan pada usia muda bukan sesuatu yang pelik kerana pada zaman dahulu, ibu bapa berkahwin pada umur 13 hingga 18 tahun.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Penghayatan Ramadan serta majlis pentauliahan amil zakat fitrah dan pelancaran Buku Masjid Negeri Melaka di Auditorium Masjid Al-Azim di sini hari ini.

Di petik dari Utusan Malaysia

Nota kaki : Huhuhu…kahwin awal?? mungkin sesetengah orang sesuai, mungkin yang lain tak sesuai… sebenarnya sesuai untuk yang bermasalah jer… habis tu kalu yang berjaya dan berpelajaran?? tak kannak suh kawen padahal dia tak mahu kawen??

Oh anak-anak ku..belajar dulu yek.. kawen-kawen nanti tau…huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments

  1. Dakjaat says:

    Kahwin awal cerai pun awal. Punca utama perceraian adalah akibat kurangnya kematangan di kalangan pasangan, terutama selepas masing-masing berkahwin pada usia yang agak muda. Dalam usia yang muda, mereka dikira masih mentah dan gagal berfikir secara matang, sehingga keputusan yang dibuat sering kali secara melulu, tanpa pertimbangan yang sewajarnya. Ketegangan sering berlaku dalam rumah tangga, sehingga akhirnya mencetus kepada perselisihan faham, yang secara tidak langsung menyebabkan perceraian. Mereka juga tidak terkecuali dari masalah kewangan, menyebabkan ada di kalangan mereka sanggup menggunakan apa cara sekali pun untuk mencari wang, termasuk melalui aktiviti jenayah.

    • sumijelly says:

      @Dakjaat,
      Sebenarnya tgk juga pada pasangan itu… ok..mcm di bandar dn di luar bandar…
      rasanya kalu di luar bandar, ramai yg x mampu berlajar, maka langkah mudah KAWEN awal tp di bandar… boleh aja kawen..tp mereka lebih m,oden maka kawan lagi best dr kawen….
      dan keluarga masing2 pun memberikan peranan..kalu dh menggalakkan anak itu kawen, maka kawen la ia.. kalu tidak, mesti ibu bapa sibuk suh anak belajar rerajin kan??

  2. appledia says:

    Errrrrmm…
    Cemana nak cakap eh.
    Just an opinion..
    Kalo pikir kawin neh boleh “selesai” semua masalah memang silapla.
    Tua atau muda,bukan ukuran.
    Cara pemikiran,tujuan perkahwinan tu yang PENTING,KRITIKAL.
    Pendek kata “mempertahankan sesuatu itu,jauh lebih susah dari memiliki..”

    *tetiba plak ter”emo”*^_^

    • sumijelly says:

      @appledia,
      emmm….memang benar..kita di Malaysia terdapat berbagai pendapat
      ada membawa kebaikan, ada membawa keburukan..
      tp sebenarnya pasangan yg nak kawen tu kene fikir sedalam2 nya…
      pikir kesan sampingan andai ingin kahwin awal. sanggu kah menghadapi segala rintangan semasa di alam perkahwinan… jgn hrap manis aja..pahit pun kene ambik kira..
      dan ibu bapa la membwakan peranan yg paling dekat..

  3. lydzar says:

    hoho dorang tau nk ‘sedap’ je nih..

    tp tanggungjawab lepas tu dia tak tau lagi cemana. ingat senang-senang ke nk kawen ni.

    kalau bebudak sekolah diberi kawen awal, then lepas je nikah, terus peknen.
    ah sudah, pelajaran kompom ke laut huhuhu

  4. mamairvanqiesy says:

    salam sumi… tajuk kemain…heheh… oppss sy sndiri kawen awal tau, sy kawen umur 18thn, suami 23thn, Alhamdulillah berkat restu mak,papa saya.kawen muda ni byk jugak faedah,kite cpt matang, boleh tangani masalah bersama, dr keluar tak tentu arah baik lah kawen awal,apa2 pon dah halal kan? lg pon itu semua ketentuan Allah…hikmah sy kawen awal adalah bapa tsyg baru meninggal dunia.sy skrg 25 thn, kalau baru nak cr pasangan, dgn bapa sy baru meninggal mmg patah hati jugak lah. atleast suami dan anak2 menjd semangat sy.kawen awal pon masih jugak boleh continue blaja klu suami izinkan…tak gitu?

    • sumijelly says:

      @mamairvanqiesy,
      hehehe… eh… x kata kawen awal tu x elok..sebenarnya tgk pada tujuan dn restu gak…
      kalu pasangan tu nak belajar x moh kawen lagi pun x guna gak suh kawen awal kan..?? sbb bila dh berkahwin nie kene ada tanggungjawab…

      Alhamdulilah… kerana nadia telah menunjukkan pada sumer org bahawa perkahwinan awal pun boleh juga bahagia sehingga sekarang… kak sumi harap Nadiia tabah menghadapinya masa akan dtg walaupun kehilangan bapa tersayang…

      Takziah yek….

      • mamairvanqiesy says:

        jodoh pertemuan, rezeki,ajal maut semua ditangan Allah… lagi pon ada otak, boleh pk mane yg baik @ tidak..ini smua nak ikut nafsu semata… tu yg jadi bkn2 skrg ni…

        thanks kak sumi…

  5. Khairul says:

    Cadangan kerajaan Melaka tu bagus untuk menunjukkan kesungguhannya dalam mengurangkan kes-kes kehamilan luar nikah terutamanya melibatkan remaja bawah umur.

    Namun begitu, kelonggaran dalam memberikan kebenaran untuk berkahwin awal perlulah dikawal supaya tiada golongan yang mengambil kesempatan. Antara golongan yang akan mengambil kesempatan ialah pakcik-pakcik tua gatal yang berumur 50 tahun ke atas yang hendak merasa ‘pucuk muda’.

    Jika sebelum ini, mereka tidak dapat melampiaskan hajat mereka kerana gadis-gadis remaja ni masih dianggap sebagai ‘budak’. Selepas ini, sudah tentu mereka akan berebut-rebut meminang ‘gadis-gadis muda’ ini yang rata-ratanya berumur dalam lingkungan 15 tahun – 16 tahun.

    Gadis-gadis akan dipinang oleh mereka sebagai ‘isteri muda’ sekiranya telah beristeri. Selain itu, golongan duda juga mempunyai boleh mendapat peluang yang sama asalkan ‘mampu’
    menyenangkan bakal mertua. Berkahwin dengan gadis bawah umur ini kosnya lebih rendah kerana umumnya bakal mertua meletakkan harga tinggi kerana anak gadis mereka berkerjaya
    tinggi dan seorang siswazah.

    Oleh itu, saya mencadangkan agar had umur bakal suami kepada si gadis dihadkan kepada
    umur tertentu. Sebagai contoh bagi gadis berumur 15 tahun, bakal suami mestilah tidak lebih dari 30 tahun(15 X 2). Bagi yang berumur 16 tahun pula, had suami dihadkan kepada umur 32 tahun(16 X 2). Ini bagi mengelakkan gadis-gadis mentah ini ‘dijual’ sesuka hati oleh ibubapanya yang kemaruk bermenantukan orang kaya.

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply