KUALA LUMPUR 3 Ogos – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 10 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan.
Lokasi berkenaan adalah
- Pontian Kecil di Johor;
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Kampung Balik Batu (Melaka);
- Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
- Bukit Melawati,
- Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor);
- Pantai Pasir Panjang (Perak);
- Pantai Aceh (Pulau Pinang);
- Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah).
Turut menjadi lokasi
- Bukit Besar,Bukit Kemuning, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA (Terengganu);
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling dan Menara Bangunan SEDC (Kelantan).
Lokasi lain adalah
- Tanjong Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak);
- Balai Cerap Al-Biruni di Putatan (Sabah);
- Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).
- Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
- Menara Kuala Lumpur;
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat (Perlis)
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.
Pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu.
Nota kaki : ewah..nak puasa dah kan?? huhuhu

nak puasa dah, sukanya…..