Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa dan Selepas Berbuka

Salam kengkawan, Ramadhan hampir tiba, mungkin ramai yang sednag mempersiapkan diri untuk berpuasa.

Yang dah ganti puasa, alhamdulilah..ada juga yang berpuasa sunat sempen bulan Syaaban…semoga bertambah lah pahala kalian…

Ok..di sini ku sertakan Niat puasa ramadhan, doa berbuka dan selepas berbuka puasa.

Semoga mendapat manfaat dari kengkawan….

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1431Hijrah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply