Wahai Blackberry, Malaysia pun kene tempiasnya??

Wah..hari tu kuar kenyataan akhbar kisah Blackberry bakal di haramkan di Indonesia, kali nie Malaysia pun kene tempiasnya??

Sana, sini orang duk sebut kisah BB nie…. Maka Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah di minta membuat maklum balas atas perkara ini.

BB

Kementerian kumpul maklumat Blackberry

PUTRAJAYA: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan masih menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung status perkhidmatan telefon pintar Blackberry di negara ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, SKMM sedang mengumpul maklumat terperinci mengenai perkhidmatan telefon itu selepas pengharamannya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, manakala Indonesia menimbang larangan perkhidmatan tertentu.

“SKMM sedang mengumpul maklumat terperinci mengenai perkara ini dan kita jangka dapat laporan pada minggu ini untuk diteliti kementerian. Kita akan buat pengumuman selepas itu.

“Saya difahamkan ada negara sudah mengambil tindakan terhadap penggunaan telefon pintar ini kerana khuatir data komunikasinya yang dikumpulkan dalam satu pangkalan mungkin disalah guna pihak tertentu,” katanya selepas me-lancarkan MSAFE Putrajaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini, semalam.

Nota kaki : Andaila kan di HARAMKAN juga di MALAYSIA, apakah akan jadi pada pasaran BB di Malaysia??? Adakah harga akan turun?? hehehe… leh gak sambar satu kalu jatuh RM200.00 …hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply