Sahur pertama di pagi hari

Salam Ramadhan….

Ok… hari nie nak citer hari pertama aku bersahur

Kali nie seronok sikit… sbb Si Danial sudah mula berpuasa… aku harap dia dapat bertahan untuk satu hari…

Aku mcm biasa, mesti bangun awal dari anak dan my IR.. pukul 4.15 pg aku dah bangun

Masak nasi, goreng ayam dan buat minuman untuk 2 buah hati ku itu..

sahur

Tapi pukul 5.20 pagi baru la panggil 2 jejaka itu turun…

Alhamdulilah… lagi 2 hero masih ketiduran…heheehhe

Kira selamat la sikit… tak ada gangguan.. tapi tak tahu la hari-hari yang akan mendatang…hehehe

sahur

Lauk pagi ni adalah AYAM GORENG berserta kuah BLACK PAPPER hehehe…

ni di request oleh my IR… dia nak makan ayam goreng aja… aku tak koser nak panggang..

pepagi buta panggang?? habis imsak kang baru masak…hehehehe

sahur

Alhamdulilah…. senang sungguh aku mengejutkan Danial pagi tadi…

Danial dari semalam dah bagi tahu aku, esok puasa…

Jadi pagi tadi aku panggil dia siap cakap.. “ kata nak puasa, jom bangun makan dulu”

sahur

Untuk hari ni boleh la dia bangun kot.. harap-harap akan berterusan sehingga habis Ramadhan.

Sempat telefon Ustazah ABIM dia bagi tahu Danial puasa. Supaya dia tak makan.

Semoga anak aku dapat bertahan hingga petang… kita tengok dan lihat..

Berjaya kah Danial berpuasa untuk satu hari?? hehehe

Nota kaki : Ajar tanpa paksaan, semoga anak aku faham…**korang sila tahan nafsu nampak makanan yek..hahaha**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply